Rabu, Julai 16, 2008

Bahasa Melayu Perlu Dikekalkan, Diperkukuh dan Dimartabatkan

Apabila dasar pelajaran menyongsang arus maka pastilah akan memberi kesan yang negatif. Apa tidaknya seperti yang terjadi kepada bahasa Melayu sudah mula dipinggirkan di negara Malaysia ini oleh orang Melayu sendiri. Alangkah sedihnya negara yang dulunya dinamakan Tanah Melayu, kemudian Malaysia dan akan datang sebuah republik Malaysia (?) yang mengagungkan bahasa Inggeris. Dimanakah letaknya keberanian dan jati diri serta semangat mempertahankan bahasa Melayu ini yang telahpun dinobatkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di semua peringkat pengajaran. Apa jadahnya mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris!
Kesanya bukan sahaja kepada perangai dan gaya hidup tetapi akan memberi impak budaya yang sangat negatif. Orang melayu akan dipinggirkan di negara sendiri. Mengapa?