Rabu, September 24, 2008

Kesabaran Adalah Aset Kejayaan

Apa tidaknya sesuatu nilai teras jika ditinggalkan akan memberi kesan kepada pencapaian matlamat dan harapan. Matlamat yang hendak dicapai boleh digapai dengan usaha dan tindakan yang sistematik dan bersungguh-sungguh. Kita boleh ikut langkah-langkah terdahulu atau dengan berpandukan kepada apa-apa garis panduan terkini yang telah dibincang dan dipersetujui. Segala usaha perlu dilakukan secara berterusan. Jangan kecewa jika gagal kali pertama. Teruskan hingga berjaya walaupun hingga seribu kali percubaan. Niat dan tekat amat penting dalam perkatra ini. Percayalah!

Kelangsungan tindakan adalah sangat bergantung kepada istiqamah dalam melaksanakannya. Ciri dan sifat apakan yang paling dominan selalunya mempengaruhi sesuatu kejayaan itu? Selain niat yang betul, jujur dan ikhlas dalam bertindak, daya tahan dan kekuatan mental dan fizikal, fokus dan banyak lagi yang mementukan kejayaan misi yang ditetapkan, maka pastinya ciri kesabaran adalah penentu kejayaan hakiki sesuatu matlamat tersebut.

Apa yang hendak dicapai selalunya menghadapi pelbagai rintangan. Suasana dan persekitaran sering berubah. Tindalan juga perlu ada perubahan. Kemahiran boleh digunakan untuk mengatasi segalanya tetapi unsur sabar dapat menentukan kejayaan yang hendak dicapai. Kesabaran adalah merentasi faktor masa. Itulah hikmahnya!

Rabu, September 17, 2008

Berubah Ke Arah Kebaikan

Dah lama kita bercakap dan berbincang tentang perubahan. Dari segi teorinya agak mudah diperkatakan tapi dari segi praktiknya tidaklah semudah yang diperkatakan. Apa topik dan bidang yang perlu dibuat perubahan. Sejauh mana jangkaan keberkesanan atau impak daripada perubahan yang kita akan lakukan perlu diambil kira. Berapa lama dasar atau amalan telah dilakukan. Wajarkah perubahan dilakukan. Atau sekadar beri nafas baru sesuai dengan situasi semasa. Mungkin juga persekitaran telah berubah, sama ada sedikit atau banyak. Kesan yang diberi lebih banyak negatif dari positif. Dan banyak lagi faktor yang perlu diambil kira jika kita komited untuk melaksanakan perubahan tersebut.

Peranan pemimpin sangat penting dalam melaksanakan perubahan. Proses berubah bermula dari perancangan yang teliti. Setiap langkah perlu jelas dan terperinci serta mudah difahami. Organisasi atau ahlinya perlu faham mengapa perubahan perlu dilakukan. Sudah tentulah beberapa siri penerangan dan penjelasan mesti dibuat untuk mempengaruhi sikap, kemahiran dan pengetahuan semua orang. Untuk mengubah organisasi kecil mungkin mudah berbanding dengan organisasi yang lebih besar. Apatah lagi bagi sesebuah negara atau perkumpulan negara-negara. Kadang-kadang faktor menghalang bukanlah terlalu besar. Masing-masing ada ideologi berbeza dan ego pemimpin yang tersendiri, semuanya memberi kesan kepada kejayaan atau kegagalan perubahan tersebut.

Satu lagi aspek yang penting ialah soal-soal teknikal dan profesional serta dasar atau akta yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perubahan tersebut hendak dilaksanakan. Matlamat perlu tepat dan tiada ganguan. Kesabaran dalam melaksanakan perlu ada. Masa yang diberi perlu mencukupi. Tiada unsur sabotaj dan niat buruk dari semua yang terlibat. Tidak lupa perlu pohon doa dari Tuhan yang maha esa untuk kejayaan rancangan perubahan yang nak kita buat. Dengan itu perubahan yang dirancang akan menjadi lebih fokus. Kejayaan pasti mencapai matlamat dengan sekurang-kurangnya dalam jeda sangat memuaskan.

Politik negara kita adakah memerlukan perubahan. Siapa pihak yang boleh menggerakkan usaha ini? Sudah tentu pemimpin dan organisasi pemerintah yang ada sekarang. Kalau mereka tak mampu perlulah memberi laluan kepada pihak lain yang lebih berkemampuan untuk membuat perubahan dan tidak terikat dengan status quo sahaja. Jika pembangkang lebih berupaya maka serahkanlah kepada mereka. Atau kita boleh juga berkongsi kuasa demi kecemerlangan negara Malaysia yang tercinta. Apa-apapun faktor utama yang perlu ada kepada kita semua ialah PENGORBANAN dan KEIKHLASAN dalam perjuangan yang dilakukan. Malaysia Negaraku Tercinta!