Rabu, April 16, 2008

Ciri dan Keperluan Seorang Pemimpin

Ciri dan keperluan seorang pemimpin seperti yang diamalkan oleh Konosuke Matsushita mungkin boleh menjadi panduan yang ampuh kepada seseorang yang mahu memimpin organisasi ekonomi mahupun politik atau lain-lain bidang organisasi. Bukti kejayaan adalah Syarikat Matsushita dan Matsubishi itu sendiri yang telah berkembang pesat bukan sahaja di negaranya tetapi juga di seluruh dunia. Kejayaan sesebuah syarikat kerana adanya kepimpinan yang baik dan berkesan. Berikut adalah di antara ciri dan keperluan seorang pemimpin menurut Matsushita:

1. Pemimpin harus menerima setiap orang dan setiap perkara dalam keadaannya sendiri.
2. Pemimpin haruslah cukup tegas supaya tidak bermain dengan kata-kata.
3. Pemimpin harus mempunyai pemikiran yang adil.
4. Pemimpin harus berfikiran terbuka hinggakan boleh menyayangi walaupun seorang musuh.
5. Pemimpin harus cuba menempuh kesukaran tanpa menghiraukan hidupnya sendiri.
6. Pemimpin haruslah bersungguh-sungguh hingga seperti mendoakan sesuatu untuk
kejayaan.
7. Pemimpin harus mempunyai sesuatu pegangan dan bercakap mengenainya kepada orang lain
apabila berpeluang.
8. Pemimpin tidak harus bersedih walaupun di dalam kesusahan.
9. Apabila masalah yang serious timbul, pemimpin haruslah cukup berani untuk
menghadapinya.
10. Pemimpin haruslah menentukan nilai setiap orang atau benda dengan teliti.
11. Pemimpin haruslah cuba menyedari kemakmuran bersama melalui saling mengasihi.
12. Pemimpin haruslah sederhana, regas dan lemah lembut.
13. Pemimpin haruslah sanggup mendengar lebih banyak perkara yang buruk daripada yang
baik.
14. Pemimpin harus bersyukur dalam semua hal.
15. Pemimpin haruslah menimbulkan gerak hati untuk menyedari kebenaran.
16. Pemimpin haruslah mempunyai kekuatan yang sepenuhnya untuk meneruskan sesuatu
dengan tegas.
17. Pemimpin haruslah mempunyai permintaan yang saksama tanpa dipengaruhi oleh
perasaan diri.
18. Pemimpin harus cuba menetapkan keazamannya tidak goyah setelah ia membuatnya.
19. Pemimpin haruslah menggunakan sepenuhnya sebahagian kuasa ketika diperlukan.
20. Pemimpin harus berfikir bahawa kegagalan sentiasa disaebabkan oleh dirinya.

Isnin, April 14, 2008

Universiti Kebangsaan Malaysia Lembah Pantai

Perjuangan merealisasikan kejayaan tertinggi Dasar Pelajaran Kebangsaan khususnya mewujudkan sebuah universiti yang mendukung cita-cita menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang digunakan sebagai pengantar dalam semua pengajarannya telah terlaksana dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. (akan disambung..oleh pelajar perintis UKM 1970...)

Ahad, April 06, 2008

Kembalikan Umno dan Keadilan kepada Islam

Topik ini hanya satu percambahan fikiran yang boleh dipersetujui dan tidak dipersetujui khususnya dalam konteks perlaksanaannya dalam politik Malaysia. Memanglah sepatutnya jika dominasi ahli sesebuah pertubuhan itu ramai dianggotai oleh penganut Islam, pemimpin dan ahlinya mesti memikirkan menjadikan Islam sebagai panduan dan pegangan. Bukankah Islam itu sangat sesuai dengan fitrah manusia jika ia dilaksanakan dengan betul dan berhemah. Apa yang penting bahawa setiap individu dalam pertubuhan itu yang dirujuk kepada Umno dan Keadilan mesti memahami dan menghayati ajaran Islam tersebut. Bukankah Islam itu diturunkan untuk menyelamatkan manusia dan ummah. Percayalah kepada ketentuan Allah sebagai pencipta yang maha kaya dan maha mengetahui.

Banyak orang rasa takut untuk memperkenalkan apa itu Islam yang sebenar. Kita sering membuat anggapan bahawa Islam itu ketinggalan dan mundur. Semuanya terpengaruh dengan propaganda media dan pihak yang tidak bertanggung jawab. Sepatutnya semua orang perlu mengkaji secara mendalam isi kandungan Al-Quran yang penuh dengan panduan dan peraturan yang paling teliti dan selamat. Kita juga ada hadis Nabi yang boleh membantu dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam itu sendiri. Dalam Islam itu sendiri ianya sudah meliputi semua bidang kehidupan daripada aqidah, akhlak dan syariah. Aqidah berkait dengan rukun iman. Akhlak berkait dengan perkara-perkara mazmumah dan mahmudah. Syariah pula berkait pula dengan rukun Islam dab perkara-perkara ibadah, muamalat, munakahat, jinayat dan mujahadah yang semuanya boleh meliputi aktiviti kehidupan manusia. Hanya dalam Quran itu tidak menyebut perkataan politik, demokrasi, dll walaupun dari segi melaksanakan cara kehidupan dan berpolitik cukup lengkap.

Oleh itu perlu kedua-dua pertubuhan iaitu Umno dan Keadilan perlu mula melihat kepada Islam sebagai intipati perjuangan npertubuhan masing-masing. Insha Allah perpaduan akan lebih baik dan terjamin. Barakahnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Sama-samalah kita memikirkannya. Laksanakanlah tanpa ragu kerana Allah bersama orang yang berusaha melaksanakan ajaranNya.

Jumaat, April 04, 2008

FITNA Itu Fitnah

Sakit hati dan marah bukan kepalang kepada Geert Wilders yang dianggap syaitan yang bertopengkan pejuang keamanan dan anti keganasan dari Belanda itu. Diri ini terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa dan marah kerana video itu secara halus telah menghina Al-Quran dan Islam. Geert adalah pemfitnah yang paling besar. Dia menggunakan ayat Allah itu tanpa memberikan tafsiran dan kaitannya dengan ayat-ayat sebelum dan selepas atau ayat-ayat lain yang berkaitan yang terdapat dalam kitab Allah itu.

Adakah Islam ini menganjurkan keganasan? Jawapannya, tidak. Sebenarnya puak Kristian dan Yahudi itulah penganjur dan penyebab keganasan yang utama sejak zaman berzaman. Saya tak fikir hanya seorang Geert sahaja yang merancang ini semua sedangkan ianya ahli parlimen puak kanan bukan puak kiri. Walaupun Perdana Menteri Netherland tidak bersetuju dengan cadangan Geert Wilders tetapi masih 'membenarkan' atas dasar keterbukaan dan demokrasi. Sejauh mana kefahaman Geert terhadap Surah-surah yang dikemukakan dalam filemnya memang boleh dipertikaikan. Oleh sebab itulah kita anggap pengeluaran filem pendek ini disengajakan dengan tujuan untuk melihat reaksi umat Islam dunia sama ada mereka sensitif atau sebaliknya. Atau pihak barat sudah merasa tekanan oleh meningkatnya bilangan orang Belanda khasnya dan orang Eropah amnya yang menganut Islam sejak akhir-akhir ini.

Dari satu aspek filem ini menjadi satu senjata provokasi kepada negara-negara Islam tetapi dari aspek yang lain ia mungkin menyebabkan ramai orang akan cuba mendekati dan mengkaji isi Al-Quran itu dalam erti dan kefahaman sebenarnya.

Suka tak suka Fitna telah disebarkan melalui internet yang tiada sempadan. Kepada orang bukan Muslim, mereka akan menganggap maklumat yang diberikan adalah benar belaka khususnya dari segi makna dan tafsiran ayat suci yang digunakan oleh Geert. Ditambah pula dengan ilustrasi dan grafik yang berasaskan fakta sebenar berlaku walaupun punca berlakunya masih boleh dipertikaikan. Pada pendapat mereka jika perkembangan Islam ini tidak dapat dibendung maka akan berlaku lagi banyak keganasan pada masa akan datang. Sebaliknya mereka tidak berfikir dan melihat lebih jauh bahawa kewujudan sesuatu agama itu adalah untuk menjadi wadah mengalakkan ke arah kehidupan yang harmoni dan berbaik-baik. Di sinilah nampak begitu prejudinya orang-orang barat terhadap agama Islam.

Tindakan kita ialah perlu menjelaskan kepada mereka melalui pelbagai cara khususnya teknoloji maklumat dan internet. Perang psikologi dan penyebaran maklumat sebenar perlu disegerakan oleh cerdik pandai dan cendikiawan Islam seluruh dunia. Kita harap dengan mesej yang banyak disampaikan nanti akan dapat mempengaruhi pendirian mereka terhadap Islam. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang berterusan pastinya memberi kesan secara langsung dan tak langsung kepada penyebaran agama Islam di seluruh dunia.

Penyebaran Fitna sudah ditakdirkan. Ianya menjadi cabaran dan ujian kepada umat Islam. Jika ianya dihadapi dengan sabar dengan melihat semula situasi masyarakat Islam sekarang dan dibandingkan dengan kehendak Al-Quran dan berusaha mengubahnya, InsyaAllah Tuhan akan memberi kemenangan kepada umat Islam.