Sabtu, Januari 31, 2009

Hari Pertama Di Open University Malaysia Main Campus Kuala Lumpur

Aku datang hari ini dengan harapan mencapai satu cita-cita murni pada anggapanku: ingin menjadi seorang yang berpengetahuan khususnya dalam bidang yang dipilih untuk dipelajari. Setidak-tidaknya dapat menambah segenggam kalau tidak sedulang ilmu yang dicari selama ini. Sekurang-kurangnya aku tahu sejauh mana kejahilanku dalam menguasai disiplin ilmu yang tidak pernah aku terokai. Cabaran mungkin tidak dirasai jika aku tidak mencubanya. Kepadaku inilah satu sejarah dan aku dapat merasakan kegembiraanya memasuki alam pembelajaran diusia penghujung yang berkilauan emas ini. Almaklumlah peluang ini datang atau ada apabila semua kesibukan telah pergi khususnya selepas akau bersara. Semoga Allah memberi pertunjukan dan kekuatan untuk meneruskan cita-cita besar aku ini.

Aku percaya aku boleh dengan usaha yang gigih, istiqomah, tanpa jemu serta cuba sedaya upaya untuk menggapai cita-cita murni segulung ijazah Doktor Falsafah. Semoga Allah memakbulkan hasrat murni ini.

Sebenar-benarnya sekarang ini masih belum terasa bahang proses pembelajaran serta kerja-kerja yang bakal aku tempuhi. Kata pakar jika kita positif dalam melaksanakan kerja maka sudah 80% berjaya? Atau paling tidak 50% berjaya. Itu sudah memadai. Apa-apa cabaran akan datang insyaAllah akan cuba kutempuhi dengan hati yang terbuka. Semua kita ada masalah tetapi tidak ada masalah yang tidak boleh di atasi. Belakang parang jika diasah lagikan tajam...

Merujuk kepada jadual belajar memanglah tidak nampak sibuk. Sebulan dua kali saja. Setiap kali datang hanya satu hari saja iaitu hari Ahad. Untuk satu semester empat bulan hanya belajar lapan kali atau lapan hari sahaja. Tapi jangan teperanjat kerana kerja-kerja tambahan dan kerja kuusus serta assignment sangat banyak yang memerlukan
penelitian yang rapi dan mendalam. Rasakan! Memang aku nak rasa bagaimana seorang scholar mengejar impian tertinggi dalam menndaki puncak keilmuan paling tinggi. InsyaAllah aku boleh dengan izin Allah.

Di mana ada peluang di situ ada jalan. Ikutlah jalan yang lurus dan benar. Percayalah pada diri. Berpandulah pada hati yang terarah. Dengan harapan yang suci. Mohonlah padaNya. Allah akan makbulkan. Percayalah.....