Rabu, Februari 11, 2009

Selamat Hari Jadi Adriana

Setahun berlalu tanpa disedari umurmu sudah setahun. Dulu semasa Adriana lahir semuanya kagum dan bersyukur. Kini rasanya kesyukuran itu lebih lagi. Setahun merasai hidup dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tiada masalah. Kalau orang dewasa jangka masa setahun itu pastinya deapat mengumpul banyak pengalamaan. Tapi pengalaman itu talah dirasai dan dipelajari oleh papa dan mama Adriana.

Semuanya mendoakan Adriana sihat dan membesar dalam peliharaan Allah. Hidup sejahtera dan sihat walafiat. Telatah Adriana sekarang pastinya mengembirakan papa, mama, tok, tok bah dan semua keluarga.

SELAMAT HARI JADI CUCUKU SAYANG!