Ahad, November 22, 2009

Tasawuf Memperbaiki Diri

Sesuai dengan maksud tasawuf itu sendiri bererti bersih dan hening jernih. Tasawuf pada syara' adalah membersihkan diri daripada sifat-sifat kekejian, kekurangan serta membersihkan dan menunaikan ibadat semata-mata kerana Alah.

Selain dari menerima ajaran al-Quran, as-Sunnah dan berpandu kepada ajaran serta kehidupan rasulullah, kita perlu mendalaminya (ajaran Islam) disamping menekankan aspek sahsiah atau akhlak (rohaniah).

Kita perlu mengamalkam sifat-sifat mahmudah dan sebaliknya meninggalkan sifat-sifat mazmumah.

Ada 10 sifat asas mahmudah yang perlu dihayati:

1. Taubat

2.

Jumaat, November 06, 2009

Harapan Baru

Bila malam meniti pepagar dinihari
Tanggung jawab siang ditakluki malam
Hari-hari jadi penjana minda kosong
Idea bernas sudah tergugat
Lestari kecemerlangan pasti akan punah
Terowong cerah pasti akan gelap
Tapi akankah cerah dik ufuk timur yang muncul
Mulalan titik-titik gemerlapan terjaga dan sedar
Kembalilah harapan baru mewarnai dunia ini...
Nyahlah kegelapan dan kegagalan
Biarkan menjadi retorik yang tidak berkesudahan
Marilah teruskan perjuangan yang perlukan sebuah keberanian
Jomlah dan mohlah kita!

Apa Orang Kata vs Apa Kita buat

Kita buat sesuatu kerana kita mahu buat. Lazimnya kurang atau tiada campur tangan orang lain. Jika semasa bekerja orang lain menentukan tugas kita. Itu kalau kita jadi orang bawah atau pengikut. Lainlah sebagai pemimpin, tugasnya mengarah. Apa yang kita buat sewaktu bertugas selalunya berasaskan dan berpandukan kepada garis panduan dan peraturan ditetapkan oleh pihak atasan. Tiadalah masalah Apa Orang Kata. Kalau adapun ada puak-puak atau rakan sekerja yang suka jaga tepi kain alias dengki dan khianat. Tak puas hati bukan kerana kerja tak siap tapi mungkin ada sebab lain seperti tercabar, disisihkan oleh boss, kurang senang kerana tak dapat perhatian, dsbnya.

Kadang-kadang apa orang kata berperanan besar mempengaruhi apa kita buat. Selalunya berlaku begini disebabkan kita kurang persediaan dan tidak yakin terhadap apa yang kita buat. Yang baiknya jadikanlah apa orang kata itu sebagai cabaran dan saingan positif serta motivasi kepada kita dalam melaksanakan tanggung jawab dengan lebih sempurna.

Selain dari itu sikap tegas dan berani sangat perlu dalam melaksanakan tugas diamanahkan. Perancangan yang rapi mesti ada. Risiko perlu dijangka. Sifat berani dan sabar dalam setiap usaha perlu ada. Menghayati dan bersungguh-sungguh serta komited dalam setiap perjuangan. Kejayaan menanti perjuangan yang tulus dan suci begini. Kalau tak percaya, cubalah!

Khamis, November 05, 2009

Penuhilah Masa Anda Dengan Mencari Ilmu

Kalau nak ikutkan tempoh masa belajar telah telah tamat bila dah dapat kerja. Fahaman itu salah. Sepatutnya belajarlah hingga keakhir hayat: dari buaian hinnga ke liang lahad. Sebenarnya ilmu yang kita pelajari di sekolah dan universiti sangatlah sedikit. Jika ditambah pengalaman dan pengetahuan masa bekerja masih jauh dari cukup dan sempurna. Jika kita bersungguh-sungguh dapatkan lagi ilmu dan info dari luar dan persekitaran samada format atau tidak formal. Bagi orang yang bersara sudah tentu masa terluang banyak terutama bagi mereka yang tiada aktiviti tambahan dilakukan. Apa yang dimaksudkan ialah aktiviti ekonomi bukan melakukan kerja sambilan yang membuang masa.

Kita mahu otak kita ligat dan tidak beku. Kita perlu aktif dan melakukan kerja yang berfaedah. Satu yang sangat bermanfaat ialah belajar lagi. Apa cara itu terpulang kepada diri seseorang. Tapi dinasihatkan biarlah berguru. Kalau belajar sendiri perlulah serious dan bersungguh-sungguh. Sekarang peluang dan sumber sangat banyak. Bidang pun banyak dan pelbagai. Di antaranya menguasai kemahiran hidup, menulis, mendalami ilmu agama, melakukan aktiviti perniagaan dari rumah, menghadiri dan memberi kursus dll. Ilmu dapat dan masa terluang dipenuhi. Jika otak aktif dan ligat maka badan akan jadi sihat.

Kita boleh dapatkan ilmu di mana-mana. Boleh dapat percuma dan juga berbayar. Di institusi formal atau tak formal. Di pondok, sekolah, atau universiti. Surau atau masjid. Dimedia massa atau internet. Terserah!