Selasa, November 29, 2011

Nak Kaya Di Duniakah Atau Kaya Di Akhirat? Satu Dilemma Hijrah!

Adakah ianya dilemma untuk memilih mahu kaya di dunia atau mahu kaya di akhirat? Bagi yang tak faham kehendak dan suruhan agama pastinya tidak menghadapi dilemma langsung. Menurut pandangan agama bahawa kehidupan di dunia ini memang sementara sahaja, akan tetapi kehidupan di akhirat adalah selama-lamanya, infiniti dan tiada had kehidupan.

Oleh itu tidak bermakna mengejar kekayaan dunia akan mengenepikan kehidupan akhirat. Bergantung kepada niat dan usaha yang dilakukan kerana Allah, tidak meninggalkan suruhan dan ibadat kepada Allah. Selagi usaha kita tidak bertentangan dengan hukum hakam, carilah sebanyak mana harta dan kekayaan. Selalu kita lupa urus niaga sering terdedah dengan riba, rasuah, penipuan, sifat tamak, peras ugut dan menekan pihak lain. Cubalah elakkan semua itu dalam semua urusan dan tugas harian kita.

Saiyidina Ali r.a. pernah berkata, jika berkehendakkan dunia boleh dicapai dengan ilmu dan begitu juga jika kita berkehendakkan akhirat, ianya boleh dicapai juga dengan ilmu. Jika kita berkendakkan kedua-duanya juga boleh dicapai melalui ilmu. Seperti Rasulullah pernah bersabda bahawa segala amal adalah dengan niat dan tiap-tiap seseorang mendapat balasan menurut apa yang dia niatkan. Orang yang berhijrah ke Madinah dengan maksud yang baik lagi ikhlas semata-mata kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrah itu hijrah kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya ada yang berhijrah kerana kepentingan peribadi dan dunia, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia hijrah, peribadi atau dunia...

Apa yang dikejar pasti dapat. Allah tahu apa niat kita. Berusahalah mengikut panduan dan bimbingan serta suruhanNya. Wallahua'lam...

Isnin, November 28, 2011

Tiga patah perkataan yang berkesan...

Iklan dalam radio IKIM berkaitan dengan keselamatan jalan jaya, mungkin boleh mengurangkan atau mengelakkan kemalangan maut atau tidak maut boleh berlaku:

'saya tersilap tadi..', 'berhenti dilampu merah', 'kalau saya cemat..', 'dimana silap saya', 'saya sayang awak (merujuk kepada isteri atau kerluarga)', dll.

Perkataan lain yang selalu kita ucapkan berkaitan dengan kehidupan seharian kita, sama ada kita sedari atau tidak:

'nak mampos budakni', 'itu yang baiknya', 'buatlah yang terbaik', 'awak memang cantik', 'jadilah pemimpin cemerlang', 'kedai itu bagus', 'memang patut dihukum', 'dia memang layak', 'saya benci dia', 'saya nak kahwin', 'dimana awak dapat?', 'berilah saya satu', 'jangan buat lagi', 'dia memang kuat'... dll lagi.

Tak payahlah bersastera atau berucap panjang untuk menyatakan sesuatu kerana ianya boleh mengurangkan keberkesanan mesej dan penyampaian kita. Mungkin ada yang bersetuju dan tidak bersetuju kerana pastinya situasi yang berbeza mempengaruhi semua ini.

Ahad, November 27, 2011

Bola itu bulat tetapi bulat itu tak semestinya bola...

Orang kata 'bola itu bulat'.. maksudnya dalam permainan bolasepak pada dasarnya pasukan kuat akan menang, kecuali nasib menyebelahi pasukan lemah sehingga membolehkan mereka menang. Itu yang dikatakan bola itu bulat, ia boleh bergolek untuk menang atau bergolek untuk kalah. Semangat juang pasukan perlu ada untuk memastikan kemenangan.

Keadaan inilah yang berlaku kepada pasukan Malaysia menentang Bahrain. Mulanya Malaysia selesa dengan kemenangan 2-0 dalam tempoh masa 75 minit. Bahrain bukanlah pasukan lemah tetapi ia juga mempunyai semangat juang yang tinggi, sebab itulah dalam tempoh masa tak sampai lima minit mereka menyumbat 2 gol, menjadikan keputusan 3-2 yang memehak kepada Bahrain. Memang sedih sebab Malaysia kalah. Malaysia tak belajar dari sejarah, menang dulu tak semestinya kekal sehingga keakhir masa tamat permainan.

Harapkan kita menang perlawanan ini dan mengharapkan juga Syria kalah kepada Jepun untuk memastikan satu tiket ke Sukan Olimpik London. Percaturan begini sebenarnya tak selamat dan tidak praktikal. Banyak lagi usaha yang kita perlu buat untuk meningkatkan pencapaian bolasepak kita. Menjadi pasukan yang disegani masih jauh dari matlamat, tapi bukanlah mustahil. Usaha gigih dan persediaan yang mencukupi
sangat mustahak dan perlu. Dimana silap kita sekarang?

Jumaat, November 25, 2011

Ibumu, ibumu, ibumu.. baru ayahmu..

Camana orang lelaki, anak perlu mementingkan ibunya berbanding dengan ayahnya. Kita memerlukan anak yang soleh untuk memastikan tanggung jawab yang sempurna kepada ibunya dan ayahnya. Layanan kita sebagai ibu bapa semasa mendidik mereka sejak kecil hingga dewasa dan sampai berumah tangga adakah baik dan cemerlang? Mereka akan menilai semuanya. Dari segi balasan memang sesuai dan wajar jika perkara baik dibalas baik dan buruk dibalas buruk. Lakukanlah yang terbaik buat mereka supaya mereka juga membalas jasa baik kita. Dengan latar belakang agama yang kuat insyaAllah semuanya boleh memberi layanan yang baik kepada ayah ibu mereka. Marilah kita doakan supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh, setelah kita beri pendidikan yang mencukupi dan sempurna. Walau apapun kita sebagai lelaki mengharapkan anak kita juga akan melayan kita sebagai mana mereka melayan dan berbuat baik kepada ibunya.

HIJRAH @ PINDAH

Hari esok, Sabtu adalah hari terakhir tahun hijrah, 30 Zulhijjah 1432H. Mulai waktu maghrib esok kita akan masuk ketahun baru kalender Islam, 1 Muharram 1433H. Apa yang kita perlu baca ialah doa akhir tahun dan doa awal tahun... sepatutnya semua ummat Islam wajib membaca doa ini. Bukannya terkinja-kinja menyambut tahun baru seperti tahun baru masehi, 1 Januari setiap tahun. Bila lagi nak berubah ni. Nak tunggu kerajaan, alamatnya semuanya tidak akan tertunai.

Perlu kita faham bahawa HIJRAH bererti PERPINDAHAN. Ianya merujuk kepada dua peristiwa. Pertama hijrah ke Habsyah dan kedua hijrah ke Madinah. Dua peristiwa hijrah ini sangat penting kepada sejarah Islam. Hujrah pertama ialah ialah peristiwa perpindahan orang-orang Islam Mekah secara beramai-ramai ke negara Habsyah ketika mereka dipulau oleh orang-orang Qurisy. Raja Habsyah yang bergelar Najasyi pada ketika itu adalah beragama Kristian, tetapi pemerintahannya adil dan bertimbang rasa kepada orang yang berjuang kerana agama Tuhan. Tujuan orang Islam berhijrah pada masa itu adalah untuk melindungi diri dari kezaliman yang sedang bermaharajalela di Mekah. Mereka berhijrah dalam dua rombongan: pertama seramai 14 orang dan kedua seramai 83 orang lelaki dan 17 orang perempuan.

Peristiwa kedua ialah hijrah orang-orang Islam yang kemudiannya diikuti oleh Baginda Nabi Muhammad (saw) ke Madinah. Tujuan perpindahanya adalah untuk menyelamatkan dakwah Islam yang sudah tidak dapat diperkembangkan lagi di Mekah. Selama 13 tahun berdakwah di Mekah, Nabi Muhammad (saw) dan umat Islam telah menerima tekanan dan halangan dari kaum kafir Qurisy. Langkah ini bukan menunjukkan kekalahan Islam akan tetapi adalah merupakan satu taktik dan strategi Rasulullah untuk mengumpul kekuatan orang Islam. Lagipun penduduk Madinah sangat bersedia menerima kedatangan nabi dan agama Islam. Penduduk Mekah yang berhijrah berkorban meninggalkan Mekah sementara penduduk Madinah sedia berkorban menerima mereka. Penerimaan dan kerjasama antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar ini telah memberi nafas baru kepada kekuatan Islam ketika itu, sehigga beberapa tahun selepas itu orang Islam dapat menakluk Mekah semula.
Nabi Muhammad (saw) telah menggunakan masa 10 tahun berdakwah memperkukuh iman umat Islam telah mempastikan negara Islam yang didirikan di Madinah terus berkembang dan kuat.

Untuk melihat kembali kepada sejarah bermulanya tahun Hijrah iaitu tahun bagi kalendar orang Islam, yang dikira bermula dari tahun bermulanya peristiwa hujrah Nabi ke Madinah. Menurut cerita yang sah bahawa nabi Muhammad (saw) telahpun membuat tarikh di dalam surat-suratnya dengan menggunakan tarikh hijrah. Ketika Baginda menulis perjanjian dengan orang Nasara Najran, baginda memerintahkan Saiyidina Ali supaya menulis di bawah perjanjian itu menyebutkan tarikh tahun kelima Hijrah. Tetapi sahabat-sahabat tidak sangat mementingkan penggunaan tahun Hijrah ini kerana bagi mereka sudah ada nama-nama peristiwa tertentu. Apabila tiba kepada zaman pemerintahan Saiyidina Umar, beliau memandang bahawa penetapan tarikh dalam Islam adalah perlu. Beliau kemudian memerintahkan beberapa orang sahabat memikirkan masalah ini. Sahabat kemudiannya bersetuju memilih peristiwa Hijrah ke Madinah sebagai bermulanya kalender Islam memandangkan peristiwa tersebut amat penting. Agama Islam sendiri tegak dan tersebar dengan penuh keagungan selepas Hijrah tersebut.

Tahun Hijrah ini telah dinamakan juga dengan tahun Qamariah kerana ianya mengandungi dua belas bulan menurut kira-kira pusingan bulan. Tiap-tiap satu pusingan ditentukan dengan munculnya hilal (anak bulan sabit).

Khamis, November 24, 2011

TAHUN BARU HIJRAH ATAU TAHUN BARU MASEHI?

Tepuk dada tanya selera
Terserah pada diri
Pilihlah sendiri
Taksub Tahun Hijrah atau Tahun Baru Masehi
Mana yang memberi kekuatan?
Mana yang mendorong kesesatan?
Tahun mana yang melalaikan
Tahun mana yang menjauhkan diri dari Islam
Mari menilai kekuatan Hijrah dan Masehi
Ada yang kata tak ada beza, serupa
Nilailah sendiri
Mana yang mengesankan kehidupan muslim
Tahun Masehi atau tahun Hijrah ciptaan Ilahi...

Kerja Banyak Senaraikanlah...

Kalau kerja banyak yang hendak dilakukan hendaklah kita senaraikan. Tidak kira penting atau tidak. Biarpun sampai beratus atau beribu banyaknya.Kalau nak lagi smart cuba senaraikan mengikut keutamaan. Apa kriteria nak ikut? Tanyalah diri sendiri atau bincang dengan makwe tu. Kalau dia ada maka ada orang yang tolong ingat atau kritik. Tapi kenalah tebal telinga yer..

Lain orang lain keutamaannya bergantung kepada situasi, latar belakang dan keperluan semasa atau jangka panjang. Seorang pelajar menengah tentu berbeza dengan pelajar universiti dari segi keperluan dan keutamaannya. Seorang korporat tentu jauh bezanya berbanding dengan orang kampung. Almaklumlah visi dan misi mungkin diibaratkan seperti langit dan bumi. Satu fokus keuntungan dan datu fokus kecukupan.

Kalau dah ada senarai kerja tersebut tentu menguja kita. Kalau dah ada kerja yang hendak dilakukan kita tak boleh diam. Tak boleh malas. Tak boleh tunggu atau menangguhkan kerja kita. Biasanya kerja bertangguh tidak akan menjadi. Beginilah caranya kalau kita terlalu banyak masa lapang dan tidak ada fokus dan matlamat.

Suka tak suka kita mesti lakukan. Penuhkan masa dengan bekerja atau lakukan kerja itu dengan bersungguh-sungguh tetapi santai supaya tidak membebankan. Senarai semak kerja hendaklah dibuat setiap masa dan ketika. Potong atau padamkan senarai kerja yang telah dilakukan. Kalau boleh menilai tulislah peratus kejayaannya. Berpuas hati atau tidak! Catatkanlah pengalaman kerja itu supaya dilain masa dapat kita melakukan kerja itu sekali lagi tanpa masalah.

Bagi orang yang berkerja mungkin lebih mencabar kerana tugas pejabat akan bersaing dengan tugas sendiri dan keluarga. Seorang isteri dan suri rumah lagilah ligatnya sebab dua tugas utama perlu dilakukan: kerja pejabatnya dan kerja di rumah dan juga sebagai isteri yang perlu melayan karenah suami dan anak-anak, suri rumah sepenuh masa pula perlu melakukan kerja rumah tangga dari 'a to z'. Tentu penat dan ada kala tentu rasa jemu dam letih. Orang lelaki sebagai suami perlulah bertimbang rasa dan berkongsi tanggung jawab melaksanakan tugas di rumah. Tunjukkanlah rasa simpati dengan melakukan kerja yang sesuai dan perlu dilakukan oleh orang lelaki.

Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak! Malulah dengan diri sendiri kalau tidakpun dengan orang lain. Syukurlah kerana kita di beri kekuatan dan akal fikir untuk menjalankan tanggung jawab wajib kita. Semoga Allah merestui doa dan kerja kita. Niatkanlah semua kerja itu kerana Allah...

Rabu, November 23, 2011

Terkesan Dengar Ceramah Agama Anak Tempoyang: Ustaz Amran Kahar

Walaupun datang dah hampir solat Isyak tetapi sempatlagi mendengar penghujung ceramah agama yang saya agak bertajuk berkaitan 'mengingati mati', 'kelebihan mencintai ilmu' dan 'menghormati orang alim dengan melawat mereka', dll. Walaupun dalam tempoh singkat saya dapat rumuskan beberapa intisari yang boleh dijadikan panduan:

1. Orang Islam bukan mundur kerana mereka berpandangan jauh, hidup selepas mati.

2. Tak ramai orang Islam mengingati mati kerana ramai yang mencintai dunia.

3. Sayangnya nabi Muhammad kepada ummatnya akan tetapi tak ramai umatnya menunaikan
sunnah dan suruhan agamanya. Sepatutnya kita berselawat sekurang-kurangnya 100 kali
sehari.

4. Kelebihan majlis ilmu berbanding dengan 1000 rakaat solat sunat.

5. Malaikat menaungi majlis ilmu dan mencatat segala amalan dan kehadiran orang
yang menghadirinya.

6. Berbuat baik terus ditulis dan dapat pahala, akan tetapi berbuat jahat tidak
terus ditulis. Ianya akan hapus kalau kita membuat kebaikan atau kebajikan.

7. Membuat fitnah adalah dosa yang sangat besar.

8. Beza orang berilmu dan tidak berilmu dalam melaksanakan amal ibadah kerana
ibadah akan lebih sempurna dan betul. Konsep hari ini lebih baik dari hari
semalam akan tercapai dengan adanya ilmu.

9. Lawatan ke zoo berbanding dengan lawatan ke rumah orang alim atau bersama orang
alim lebih baik dari orang lain. Berkawan dengan orang alim sangat disukai Nabi
Muhammad dan Allah SWT.

10.Kemakmuran dam keberkatan sesebuah penempatan atau kampung kerana adanya orang
menunaikan suruhan Allah dan tidak membuat perkara maksiat.

11.Seorang ustaz atau seorang tahu agama bagi setiap kampung kalau tidakpun bagi
setiap rumah.

12.Pergi Mekah bertawaf hanya berdoa "matikanlah aku dalam khasnul khotimah dan
dalam agama Islam", sebab pengalaman abang dua orang mati dalam kekafiran.
Pengalaman tiga siak masjid.

13.Doa yang mantap dan lengkap membantu kebahagian dan kesejahteraan hidup.

14.Didik isteri, anak-anak dan keluarga mencintai agama buakan membencinya.

15.Tahu dan mahir baca Quran. Memahami al-Quran dan Sunnah dan mengamalkannya.

Selasa, November 22, 2011

1 Hari 1 Resipi Eksklusif di POPULAR Book Store

Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan sebanyak 365 resipi hasil kreativiti beliau yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istemewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta pelbagai jenis kuih muih minum petang.

Resipi ini memberi panduan memasak langkah demi langkah. Mudah dan menunya dijamin menjadi. Harga tak mahal, cuma RM39.90 sahaja. Belilah yer, jangan tak beli.

Syukurlah DuniaMU Yang Pernah kuJejak!

Kota Makkah, Kota Madinah, Kota Jeddah @ Arab Saudi
Muscat @ Oman
Tokyo, Yokohama, Nagoya, Kyoto, Osaka, Kobe dan Hiroshima @ Jepun
Beijing, Tianjin dan Shanghai @ China
Narathiwat, Pattani, Songkhla, Satun, Hat Yai, Krabi, Phuket, Bangkok, Nonthaburi, Ayuthaya, Pattaya, Kanchanaburi, Nakhon Sawan, Chiang Mai, Mae Sai @ Thailand
Brisbane, Sydney dan Camberra @ Australia
Auckland, Toupo, Wellington, Christchurch, Dunedin @ New Zealand
Los Angeles, Boston, Providence, New London, New Heaven, New York, Philadelphia, Baltimore, Washington D.C @ Amerika Syarikat
Hong Kong City @ Hong Kong
Kao-hsiung @ Taiwan
Prapat, Danau Toba, Prapat, Pematangsiantar, Medan, Jakarta, Bogor dan Bandung @ Indonesia
Frankfurt, Mannheim dan Heidelberg @ Jerman
Luzern, Zurich @ Switzerland
Paris, Calais @ Perancis
Amsterdam, Leiden dan Rotterdam @ Belanda
Brussel @ Belgium
London, Birmingham @ England
Singapore @ Singapura
Bandar Seri Begawan, Kuala Belait, Seria @ Brunei Darussalam
Labuan, Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan, Ranau, Lahat Datu, Tawau @ Sabah
Miri, Bekenu, Limbang, Marudi, Bintulu, Sibu, Kapit, Mukah, Sarikei, Serian, Samarahan, Kuching, Tebedu, Sematan @ Sarawak
Langkawi, Kangar, Alor Star, George Town, Ipoh, Shah Alam, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu @ Semenanjung Malaysia
Cairo, Iskandariah @ Mesir
Guilin, Yangshuo dan Guangzhou @ China

Jumaat, November 18, 2011

Kelas Pengajian Islam @ Kelab Al-Yakin

VISI: Faham Islam
MISI: Melengkapkan diri dan mahir ilmu Islam khususnya Ulum Al-Quran
MATLAMAT AM: Kebajikan ahli bukan perniagaan
PENDAFTARAN: Tidak berdaftar
TARAF KELAB: Sukarela ala NGO
KEAHLIAN: 1. Ahli Tegar - Ahli yang belajar dan membayar sumbangan berkala
2. Ahli Bersekutu - berminat mengurus dan bersama menjalankan aktiviti
kelab
KEWANGAN: 1. Sumbangan bulanan dari ahli kelab
2. Sumbangan bukan ahli kelab
3. Derma dari orang ramai dan syarikat
JAWATAN KUASA:
Penasihat: Tenaga pengajar
Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari
Ahli Jawatan Kuasa:
Kelas pengajian
Kebajikan/ Lawatan
Dakwah
Pendidikan dan penerbitan
Hubungan luar

MATLAMAT KHAS KELAS:
1. Menguasai semua ilmu yang diajar/ menghayatinya serta boleh menyampaikan kepada
orang lain.
2. Melengkapkan diri menjadi imam atau sebagai ketua dalam majlis tahlil, doa
selamat, dsb
3. Dapat menghafal ayat-ayat Quran yang perlu dan doa-doa yang wajib diketahui.
4. Dapat memahami isi kandungan al-Quran, menghayatinya serta boleh mentafsir
5. Mahir tajwid
6. Mengetahui Bahasa Arab
7. Memberi sumbangan tenaga dan kewangan kepada yang kurang mampu.
8. Menganjurkan aktiviti kebajikan, majlis ilmu atau sebagai penyelaras kepada
aktiviti tersebut.
9. Dapat mempraktikkan semua yang dipelajari.
10. Memupuk setiakawan antara pelajar/ murid
11. Menjadi seorang Pendakwah atau Da'i
12. Berubah kepada paradigma yang diidamkan.

CADANGAN AKTIVITI

1. Menganjurkan Kelas Pengajian Agama Islam seperti berikut:
1.1 Tajwid Al-Quran
1.2 Tafsir Al-Quran
1.3 Ilmu Hadis
1.4 Manhaj Feqah
1.5 Aqidah/Tauhid
1.6 Pengajian Akhlak Muslim
1.7 Masalah Imam dan Makmum
1.8 dll Topik

2. Menganjurkan forum, ceramah khas dan diskusi

3. Mengadakan aktiviti kebajikan seperti:
3.1 Derma Khas
3.2 Majlis Doa Selamat
3.3 Sumbangan Hamper
3.4 Slot Motivasi
3.5 Sumbangan Buku

4. Mengadakan lawatan dan kunjungan ke rumah pesara guru, mukallaf, keluarga
miskin termasuk orang asli.

5. Menerbitkan risalah, buku panduan, buletin, dll.

6. Mewujudkan Tabung Fisabillah bila diperlukan.

7. Melengkapkan ahli menjadi imam yang boleh mengetuai majlis berkaitan.

8. Mempastikan ahli dapat dan boleh menghafal surah-surah tertentu.

9. Melengkapkan ahli sebagai pendakwah atau da'e.

10. Menggilap kemahiran menyampaikan mesej keIslaman.

11. Melengkapkan diri ahli sebagai penceramah, kaunselor, pakar rujuk atau menjadi
konsultan kepada yang memerlukan.

12. Menjadi pengkritik dan pencadang kepada isu-isu semasa demi masa depan
agama Islam dan orang Melayu.

13. Mengelola aktiviti melancong dan umrah.

14. Mengurus sudut bacaan di Perkim Lipis.

15. Menyebarkan maklumat bahan bacaan, bahan rujukan dan pelbagai sumber
khususnya mengenai topik keIslaman. Kelab ini juga boleh membantu
nengedarkan atau mendapatkan bahan tersebut dengan kos yang sesuai.

16. Mempastikan diri ahli dan kumpulan sasaran keluar dari kepompong
pemikiran jumud dan amalan hidup bukan addin.

17. Sebagai penggerak pemikiran Islam yang dinamik.

18. Mengelola program motivasi.

19. Penggerak dan pengasas budaya ilmu

20. Menyedarkan kumpulan sasaran dan masyarakat kepada pentingnya peristiwa
yang terdapat dalam kalender Islam yang mesti dihayati oleh semua muslim.

Rabu, November 09, 2011

Rahsia dan Amalan 99 Nama Allah: ASMA UL HUSNA

Allah Azza Wa Jalla memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk ciptaanNya melalui perantaraan nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Mulia. Melalui pengertian nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Agung, terbukalah pintu makrifat sebagai sumber kemajuan rohani dalam merasakan cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.

Asma ul Husna merupakan serangkai nama-nama indah, menyimpan rahmat dan kenikmatan dalam minda insan yang mendambakan redha Ilahi. Amalan Asma ul Husna mengandungi kemujaraban dan keberhasilan bagi yang mengamalkannya dengan jiwa yang istiqamah. Sesungguhnya Asma ul Husna penyembuh penyakit jiwa dan fizikal dalam menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Saya merujuk kepada buku ASMA UL HUSNA: Rahsia & Amalan 99 NAMA ALLAH karangan Syahrin Jasah, terbitan Darul Nu'man, memang penuh informasi serta banyak banyak panduan yang jelasa lagi lengkap untuk kita beramal. Semoga apa yang kita hajatkan tercapai, InsyaAllah!

Selasa, November 08, 2011

Sebutlah dan Ingatlah NamaKU Ketika Susah dan Senang

Sebutlah dan ingatlah namaKU ketika susah dan senang,nescaya kamu selamat dunia akhirat. Laksanakanlah apa yang AKU suruh dan tinggalkanlah apa yang AKU larang.

Mendodoikan kanak-kanak @ bayi

Mendodoikan kanak-kanak atau bayi supaya dia diam dari menangis, dengan harapan dia akan tidur selepas itu dalah satu pengalaman yang baru kepada ibu-ibu muda yang mendapat cahaya mata pertama. Kepada lelaki yang bergelar suami pula lagilah terperanjat dengan situasi dan pengalaman baru ini. Bukan senang kerja ni kerana ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi khususnya kepada orang perempuan. Selalu terdapat pasangan yang marah kerana dengki kepada seorang lagi sebab dia merasakan tak membantu menjaga anak mereka khususnya pada malam hari. Masing-masing letih dan perlukan masa rehat dan tidur. Apakan daya tugas wajib telah tersedia, mendodoikan anak 'kita' berdua. Biasanya ibu bayi lebih tertekan berbanding dengan sibapa, yang kadang-kadang curi tulang dan buat tak tahu saja. Di sinilah mulanya krisis kecil, yang mematangkan pasangan suami isteri yang baru itu.

Lebih kurang dua puluh tahun dulum buai menjadi penyelanmat tugas ibu dan bapa bayi. Bila bayi terus menangis selepas diberi susu atau ditukar lampinnya kerana buang air, apa lagi buailah menjadi penyelamat, mendodoi bayi atau anak dengan cara menghayun atau menghenjut sehingga dia tidur. Bukan setakat hayun tetapi sambil menghayun buai sambil menyanyikan lelagu rakyat atau moden atau meratib menyebut nama Allah. Tak kurang juga ada yang membunyikan sesuatu seperti menggendang tin atau talam atau meniup serunai atau seruling? Amalan akhir ini sangat jarang dilakukan.

Sekarang ini orang hospital sudah tak membenarkan amalan membuaikan anak atau bayi ini. Alasan mereka ialah bimbangan mempengaruhi otak bayi, mungkin cedera kerana gegeran. Henjutan yang kuat boleh mencederakan. Jadi kalau anak tu menangis, terpaksalah dikendung atau dedukung ke hulu ke hilir.

Jika dibandingkan cara dahulu dengan sekarang, rasanya lebih mudah dahulu. Agaknya sebab itulah dahulunya pasangan suami isteri ramai anak berbanding dengan sekarang?
Lagipun orang dulu tak banyak cabaran hidup. Tiada visi dan misi untuk masa depan anak berbanding dengan ibu bapa sekarang. Empat orang anak sudah kira ramai dan cukup. Dulu bilangan sebanyak itu adalah sedikitm sebab itu anak mereka tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh orang... Isu sekarang ialah ekonomi dan pendidikan disamping keselesaan serta kebahagian rumah tangga.

Jumaat, November 04, 2011

Nestle Omega Plus (NOP)

Nestle Omega Plus adalah produk susu yang boleh mengurangkan kolesterol darah (?). Beberapa testimoni telah membuktikannya, tapi diri sendiri belum cuba lagi. Setiap hari kena minum dua gelas sehari. Harap kolesterol boleh turun. Untuk turunkan kolesterol dan mempastikan kesihatan kesihatan kita ditahap maksimum atau terbaik, perlulah juga amalkan langkah-langkah berikut:

1. mengambil makanan seimbang seperti dicadangkan dalam piramid makanan.
2. makan daging tanpa lemak.
3. masak cara kukus, bakar dan grill (gunakan ketuhar).
4. menu ikan, pastikan ada dalam setiap hidangan.
5. sekurang-kurangannya ada 2 atau 3 hidangan sayur.
6. amalkan aktiviti fizikal sihat.
7. perlu bergerak aktif setiap hari dengan apa cara sekali pun.
8. senaman selama 30 minit setiap hati, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Bahaya kolestrol boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, yang akhirnya boleh menyebabkan penyakit angin ahmar atau stroke. Mohon dijauhkan Allah. Semoga tubuh badan kita sentiasa sihat, insyaAllah.

Selasa, November 01, 2011

Cucu Ketiga dan Keempat

Yang ini belum cerita sebab banyak maklumat tak dicatat. Hanya namanya saja boleh diberi:

Cucu ketiga: Muhammad Ziyad Farhi lahir pada 31.12.2010

Cucu keempat: Ammar Husaini lahir pada 14.1.2011

Cucu Kelima

Namanya Muhammad Rauf Akhtar bin Mohd Khairul Azuan, anak sulung kepada anakanda Rawaida dgn menantu Mohd Khairul Azuan, adalah cucu kelima saya. Alhamdulillah, kelahirannya ke dunia menggembirakan semua keluarga khususnya kepada Ummi dan Abi kepada Muhammad Rauf Akhtar. Panggilah dia Rauf atau Akhtar sahaja. Keluarga Sungai Temau selesa dengan panggilan Rauf, manakala orang di Lipis suka dengan panggilan Akhtar.

Muhammad Rauf Akhtar (MRA) lahir pada hari Jumaat, 14 Okt 2011 bersamaan 16 Zulkaedah 1432H, pukul 5.20 petang. Berat 2.8 kilogram. Alhamdulillah sihat kecuali ada sedikit kuning. Apa boleh buat kerana begitu lumrahnya dan ditakdirkan dimasukkan ke hospital selama dua malam. Paling terkilan ialah baby yang kecilm sebegini terpaksa diperiksa darahnya sekurang-kurangnya dua hari sekali. Sepanjang bacaannya melebih 200 jgn tak silap kena enam kali ujian darah. Ini bermakna MRA menderita kesakitan dicucuk jarum. Bukan enam kali tapi lebih kerana tak semua doktor atau MC mahir dalam membuat kerja ini.

Hari berganti hari, sekarang dah lebih dua minggu. Beratnya telah bertambah kepada tiga kilogram lebih... semoga dia sihat dan perkembangan diharap seperti kanak-kanak yang lain juga. Biasalah kanak-kanak masih bayi kerjanya menangis dan minum susu saja. Bila nak dimandikan pasti dia menangis sebab dibogelkan (terlapang) serta rasa kesejukan. Selepas selesai mandi dan dipakaikan pakaian, tidaklah ia menangis lagi. Kecil-kecil sudah pandai mendapatkan perhatian.

Susah senang menjaga MRA dirasai sendiri oleh Ummi dan Abinya. Perit dan jerih membesarkan anak memang terasa. Semoga agahan dan senyuman MRA akan menggembirakan semua dalam keluarga sebelah umminya dan abinya...

Muhammad Rauf Akhtar adalah diharapkan menjadi Orang yang terpuji, Pengasih dan Terpilih seperti maksud namanya.