Selasa, November 01, 2011

Cucu Kelima

Namanya Muhammad Rauf Akhtar bin Mohd Khairul Azuan, anak sulung kepada anakanda Rawaida dgn menantu Mohd Khairul Azuan, adalah cucu kelima saya. Alhamdulillah, kelahirannya ke dunia menggembirakan semua keluarga khususnya kepada Ummi dan Abi kepada Muhammad Rauf Akhtar. Panggilah dia Rauf atau Akhtar sahaja. Keluarga Sungai Temau selesa dengan panggilan Rauf, manakala orang di Lipis suka dengan panggilan Akhtar.

Muhammad Rauf Akhtar (MRA) lahir pada hari Jumaat, 14 Okt 2011 bersamaan 16 Zulkaedah 1432H, pukul 5.20 petang. Berat 2.8 kilogram. Alhamdulillah sihat kecuali ada sedikit kuning. Apa boleh buat kerana begitu lumrahnya dan ditakdirkan dimasukkan ke hospital selama dua malam. Paling terkilan ialah baby yang kecilm sebegini terpaksa diperiksa darahnya sekurang-kurangnya dua hari sekali. Sepanjang bacaannya melebih 200 jgn tak silap kena enam kali ujian darah. Ini bermakna MRA menderita kesakitan dicucuk jarum. Bukan enam kali tapi lebih kerana tak semua doktor atau MC mahir dalam membuat kerja ini.

Hari berganti hari, sekarang dah lebih dua minggu. Beratnya telah bertambah kepada tiga kilogram lebih... semoga dia sihat dan perkembangan diharap seperti kanak-kanak yang lain juga. Biasalah kanak-kanak masih bayi kerjanya menangis dan minum susu saja. Bila nak dimandikan pasti dia menangis sebab dibogelkan (terlapang) serta rasa kesejukan. Selepas selesai mandi dan dipakaikan pakaian, tidaklah ia menangis lagi. Kecil-kecil sudah pandai mendapatkan perhatian.

Susah senang menjaga MRA dirasai sendiri oleh Ummi dan Abinya. Perit dan jerih membesarkan anak memang terasa. Semoga agahan dan senyuman MRA akan menggembirakan semua dalam keluarga sebelah umminya dan abinya...

Muhammad Rauf Akhtar adalah diharapkan menjadi Orang yang terpuji, Pengasih dan Terpilih seperti maksud namanya.

Tiada ulasan: