Selasa, November 29, 2011

Nak Kaya Di Duniakah Atau Kaya Di Akhirat? Satu Dilemma Hijrah!

Adakah ianya dilemma untuk memilih mahu kaya di dunia atau mahu kaya di akhirat? Bagi yang tak faham kehendak dan suruhan agama pastinya tidak menghadapi dilemma langsung. Menurut pandangan agama bahawa kehidupan di dunia ini memang sementara sahaja, akan tetapi kehidupan di akhirat adalah selama-lamanya, infiniti dan tiada had kehidupan.

Oleh itu tidak bermakna mengejar kekayaan dunia akan mengenepikan kehidupan akhirat. Bergantung kepada niat dan usaha yang dilakukan kerana Allah, tidak meninggalkan suruhan dan ibadat kepada Allah. Selagi usaha kita tidak bertentangan dengan hukum hakam, carilah sebanyak mana harta dan kekayaan. Selalu kita lupa urus niaga sering terdedah dengan riba, rasuah, penipuan, sifat tamak, peras ugut dan menekan pihak lain. Cubalah elakkan semua itu dalam semua urusan dan tugas harian kita.

Saiyidina Ali r.a. pernah berkata, jika berkehendakkan dunia boleh dicapai dengan ilmu dan begitu juga jika kita berkehendakkan akhirat, ianya boleh dicapai juga dengan ilmu. Jika kita berkendakkan kedua-duanya juga boleh dicapai melalui ilmu. Seperti Rasulullah pernah bersabda bahawa segala amal adalah dengan niat dan tiap-tiap seseorang mendapat balasan menurut apa yang dia niatkan. Orang yang berhijrah ke Madinah dengan maksud yang baik lagi ikhlas semata-mata kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrah itu hijrah kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya ada yang berhijrah kerana kepentingan peribadi dan dunia, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia hijrah, peribadi atau dunia...

Apa yang dikejar pasti dapat. Allah tahu apa niat kita. Berusahalah mengikut panduan dan bimbingan serta suruhanNya. Wallahua'lam...

Tiada ulasan: