Rabu, Disember 21, 2011

Dilema antara Segulung Ijazah Phd dengan Sekeping Sijil Kemahiran...

Nampak mamang gah kalau kita mempunyai segulung ijazah, apatah lagi yang kita terima itu adalah ijazah kedoktoran @ Phd. Kita rasa kembang dan senyum memanjang terutama pada hari konvokesyen. Bangganya rasa. Keluargapun tumpang gembira, akan bercerita ke sana kemari, walaupun tak ditanya. 'Riuh' sekampung atau sepejabat atau sejabatan, cerita mungkin tak lekang di mulut saudara mara dan rakan-rakan. Kenduri sana dan sini sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah semua doa, kini telah dimakbulkan. Berkat usaha dan sokongan keluarga dan rakan menyebabkan semangat terus membara dan tak pernah padam. Syukurlah! InsyaAllah tugas baru akan menanti, tentu lebih mencabar. Maklumlah seorang Dr baru akan menjalankan tugas. Kalau buat tak senonoh dan kerja cincai pastilah malu. Nanti orang kata Phd kangkung pula...

Di sebalik cerita ... (disambung)

Jumaat, Disember 16, 2011

TAKLID VS IJTIHAD

Dua istilah yang perlu difahami pengertiannya, kerana ia boleh membantu kita sebagai penganut agama perlu peka kepada pentingnya ilmu Islam khususnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadith:

TAKLID: Bermaksud menerima atau mengambil pendapat orang lain lain tanpa mengetahui hujjahnya dari al-Quran atau daru sunnah Rasul. Bertaklid dalam urusan agama adalah perbuatan tercela yang boleh membawa ke arah kesesatan. Bagi orang yang tidak tahu masalah agama hendaklah segera bertanya kepada orang yang mengetahui atau yang mempunyai pengetahuan tentang hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Setiap apa yang kita kerjakan hendaklah disertai dengan pengetahuan, pengertian, atau keterangan, dan janganlah menjadi pak turut sahaja.

IJTIHAD: Bermakna suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kesanggupan daya rohanish untuk menghasilkan penetapan suatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan Hadith. Hasil ijtiohad dinamakan Qias atau Rakyu. Ijtihad adalah merupakan salah satu daripada punca hukum yang penting dalam perundangan Islam. Hukum yang boleh berijtihad ialah yang berhubungan dengan urusan keduniaan yang tidaj jelas nasnya di dalam al-Quran atau Sunnah/Hadith.Misalnya ada kejadian atau masalah baru sedangkan hukumnya tidak didapati secara terperinci di dakam al-Quran atau Sunnah. Dikala itu wajiblah bagi orang yang ahli dalam hukum fekah berijtihad dengan jalan mengkiaskan hukum-hukum yang telah nyata di dalam al-Quran atau Sunnah. Orang-orang yang berkemampuan berijtihad itu dinamakan Mujtahid.

Kesimpulannya semua perkara yang kita hendak lakukan dalam kehidupan kita ini memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk mempastikan kerja dan ibadah yang kita lakukan menjasi sempurna. Ketepatan diperlukan khususnya mengenai hukum hakam, wajib merujuk kepada al-Quran dan Sunnah/Hadith.

Khamis, Disember 15, 2011

Bayangkan Betapa Besarnya Kerajaan Allah S.W.T

Cuba kita bayangkan besar mana agaknya kerajaan Allah Taala. Bumi yang kita duduki ini hanya sebuah planet kecil dalam satu galaksi, sedangkan terdapat banyak lagi galaksi yang tak diketahui. Dalam galaksi yg kita duduki inipun tak diketahui berapa banyak planet yang ada.

Dalam berita terbaru NASA ada 'menemui' sebuah planet hampir sama dengan Bumi ditemui sedang mengelilingi bintang seperti matahari pada jarak 600 tahun cahaya, atau 6000 trilion kilometer dari bumi. Penemuan yang diumumkan saintis ini dianggap detik penting dalam pencarian berterusan tentang kehidupan di angkasa lepas. Planet yang dinamakan Kepler-22b itu adalah salah satu daripada 500 planet yang mengelilingi bintang diluar sistem solar Bumi dan dipercayai mempunyai air di permukaannya, iaitu keperluan paling penting untuk kehidupan.

Natalie Batalha, seorang ahli astronomi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) ada menyatakan Kepler-22b ini mempunyai saiz serupa dengan Bumi dan mungkin boleh didiami. Jika kita ingin ke sana agaknya menggunakan roket apa, sebab jarak yang terlalu jauh, 6000 trilion kilometer? AllahuAkbar!

BAYANGKANLAH BETAPA BESARNYA KERAJAAN ALLAH S.W.T INI...JADI MASIHKAH LAGI KITA MAHU MENGINGKARINYA DAN SOMBONG KEPADA ALLAH... BERTAUBATLAH, SEMOGA ALLAH AKAN MENGAMPUNI KITA.. INSYAALLAH.

Ahad, Disember 11, 2011

Mee Segera @ Maggie Mee 6: Travelodge Seorang Pengembara

Jika aku sebungkus atau sekotak mee Maggie
tidak ada makna tanpa teman
nilai aku memang tak seberapa
sebab itu ramai yang tak kesah
ramai yang memandang remeh kepadaku
semuanya menjadi asam garam hidup yang penuh pancaroba
walau perit tapi tetap aku hadapi
derita duka dan gembira
ramai yang tahu dan simpati
percayalah!
di sudut hati ini akau bersyukur dan rasa terhormat
aku menjadi teman baik ramai orang
pengembara, pelajar, mahasiswa, pendaki gunung, para homestay, para campaigner
aku mengambara ke serata dunia
mana tempat aku tak pergi kecuali khutub utara dan selatan!
aku telah panjat gunung Kinabalu banyak kali
gunung dan bukit lain menjadi perkara biasa
aku sentiasa bersama dengan mahasiswa masuk universiti
aku duduk menginap di asrama bersama pelajar
sekolah biasa, desa, bandar dan sekolah elite
semuanya telah aku masuk dan menginap
selalu terlibat dengan gerak kerja kokurikulum pelajar
aku suka berkempen bersama pengakap dan bulan sabit merah
juga pasukan beruniform lain semuanya menjadi teman baik aku
orang bujang dsan kanak-kanak?
semuanya suka berkawan denganku
aku bersyukur ya Allah
semoga Engkau kurnialanlah sifat-sifat mahmudah
dan hindarkanlah dengan sifat-sifat mazmumah
walaupun aku hanya sebungkus atau sekotak mee...

Mee Segera @ Maggie Mee 5

Haha.. kalau takde selera makan apa salah sesekali pekena mee segera ni. Cubalah jadi hakim nak tau mee segera mana yang paling sedap di pasaran...

Beberapa jenama yang saya ingat tapi ada yang tak pernah makan: Jenama Rushki, Indomee, Mamee, Pama, Sedapp, Cintan, Mama, Adabi, dan cap XXXX.. hehe..

Tapi awas beberapa maklumat berikut: Halal dan tak halal, Kandungan MSG, Perisa/Perasa apa, Tarikh luput, dll.

Apa yang membimbangkan jika ada kandungan yang tak halal dan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan. Pernah dengar dan lihat laporan mee segera ada 'bak kut teh?', mee bersalut lilin, bahan herba supnya bercampur babi?... Aduh jikalah ada begitu, sampai sekarang dah berapa banyak mee jenis ini kita sapu.

Caution and Wacthing!

Sabtu, Disember 10, 2011

Mee Segera @ Maggie Mee 4

Teringat cerita lama mengenai mee segera ini, yang pastinya jenama yang disebut iaitu Maggie Mee. Pasarannya hebat, seluruh negara malah ada juga sampai ke luar negara. Pengeluarnya memang untung. Strategi pasaran dan pemasarannya sangat baik. Boleh kata kebanyakan kanak-kanak sekolah dan orang bujang memang suka mee segera ni. Rasanya okeylah dan ianya memang jimat. Jangan tanyalah kandungan MSGnya, itu perkara kecil. Kalau mula-mula dulu harganya sebungkus hanya 30 sen tatapi sekarang sudah melebihi dua kali ganda.

Apa yang menariknya dalam cerita mengenai Maggie ini ialah ramai pihak yang mendapat untung. Bukan setakat pemborong akan tetapi pengedar dan juga penjual-penjual runcitpun menerima keuntungan, sebabnya ialah pasarannya sangat laris sekali. Kepada para kontraktor juga telah mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan yang lumayan. Apa tidaknya pada satu ketika sekitar tahun 1980an, mee Maggie ini pernah dibekalkan semahal RM3 hingga ke RM4 sebungkus, sedangkan harga pada ketika itu hanya RM0.30 sen sahaja. Saya kira pembekal mengambil kesempatan di atas kesusahan membekal kepada para perajurit yang bertugas dan berjuang di sempadan Thai dan di Sabah dan Sarawak. Tetapi buat masa sekarang mungkin tidak berlaku lagi kerana adanya persaingan dari berbagai jenama mee segera yang berlambak di pasaran. Lagipun kemudahan pengangkutan sudah berbeza dari dulu.

Dari satu sudut amalan ini sebenarnya sangat membazir dan tidak bertanggung-jawab, yang akhirnya merugikan wang negara. Siapa yang salah di sini, pembekal atau pihak kerajaan atau majikan?

Jumaat, Disember 09, 2011

Mee Segera @ Maggie Mee 3

Pernah dan selalu kita dengar projek mee segera. Bukan projek membuat mee, akan tetapi merujuk kepada projek pembangunan atau pembaikan atau pembinaan yang ditawarkan tanpa tender dan dilaksanakan tanpa perancangan yang rapi. Ianya diperlukan siap segera. Matlamatnya asal siap. Kualiti dan hasil kerja duduk dan letak nombor dua. Kadang-kadang projek tidak diperlukan sangat. Kadang-kadang juga kemudahan yang ada masih baik tetapi ianya dibuat baru. Entahlah, agaknya itulah di antara ciri-ciri projek segera ini. Dari satu sudut, memang ianya membazir. Kalau di negara kita, kerja-kerja sebegini selalu dibuat ketika kempen pilihan raya. Kerja siap tapi selalunya tidak berkualiti, asal siap! Projek 'mee segera' ini dikira membazir dan tak perlu dijadikan amalan kerajaan yang memerintah. Banyak berlaku pembaziran dan pertindihan kerja yang kadang-kadang tidak diperlukan sangat.

Mee Segera @ Maggie Mee 2

Banyak jenama barangan yang sama dan senasib dengan tendensi penggunaan mee Maggie ni. Kalau sabun basuh, tiada lain yang diingat di kepala selain dari Fab atau Breeze. Sabun mandi pula hanya merujuk kepada Lux. Gula-gula pula terbayanglah di kepala jenama Hacks atau Hadsuns. Geometri box merujuk kepada jenama Oxford, yang lain tak mau. Kalau kasut pasti bata. Sampai sekarangpun masih melanggan jenama itu. Kalau krim krekes sehingga sekarangpun masih membeli jenama pilihan Ping Pong yang tanpa perisa atau yang tawar. Kalau minum mesti minta teh, sekarang paling popular ialah teh tarik. Sedangkan minuman lain banyak lagi. Kalau naik bas pula, selalunya tak tukar-tukar. Kalau biasa dengan bas TranNasional, maka bas yang inilah saja yang dinaiki. Kalau ada teksi, pasti kita pilih orang tertentu sahaja. Begitu juga tukang gunting, pasti tak mahu orang lain. Dulu kalau minum air botol atau tin, memang minta F&N, tak kiralah apa perisapun. Kedai makanpun sukar nak berubah sebab bila berpuas hati pasti susah nak tukar punya. Minyak rambut, pasti brecream atau zam-zam. Minyak kereta, selalunya hanya berhenti di stesyen Petronas atau Esso sahaja. Roti putih campur majerin planta dan kaya jenama Yeo's. Susu pekat Cap Junjung, sekarang dah takde. Hanya susu tepung Dutch Lady atau Lectogen dipilih untuk anak-anak. Sekarang dah banyak cap dan jenama yang lebih menarik dan baik.
Dan banyak lagi contoh lain yang membuatkan kita taksub dan setia menggunakannya.
Mungkin pengguna sekarang dah banyak berubah sebab terdapat berbagai jenis barang dan berbagai jenama yang boleh mempengaruhi pengguna. Tepuk dada tanya selera!

Mee Segera @ Maggie Mee

Macam ubat gigi colgate, jenama ini memang menjadi jenama yang melekat di kepala semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Bila nak berus gigi mesti tanya mana colgate. Kalau nak beli obat gigi, apa yang diminta tak lain daripada colgate. Walhal terdapat berpuluh-puluh jenama ubat gigi dipasaran. Seolah-olah satu doktrin telah melanda dan tersebar dalam masyarakat Malaysia sejak merdeka.

Jenama mee segerapun begitu. Di antara jenama yang mula sekali diperkenalkan ialah Maggie mee. Mudah dan segera boleh dimakan. Masa itu jenama inilah yang menjadi satu-satunya pilihan tanpa saingan. Hanya selepas beberapa tahun kemudian barulah ada jenama lain yang bersaingan dengannya. Tetapi orang masih memilih Maggie mee segera. Sebabnhya sama seperti ubat gigi colgate tadi. Otak kita diterapkan dan didoktrinkan dengan jenama ini.

Jumaat, Disember 02, 2011

Lamanya Mesyuarat Belum Tentu Berkesan...

Bumi: Kitorang mesyarat sekarang...

Bulan: Apa mesyuarat bro..

Bumi: Kita punya persatuan meeting kat Kolumpo..

Bulan: Selalukah meeting?

Bumi: Besar punya, 1 tahun atau 2 tahun satu kali..

Bulan: Itu macam ka..

Bumi: Saya ada sana 1 minggu loh..

Bulan: Apa pasal banyak lama?

Bumi: Kita bincang dan cakap semua hal laa.. Awak punya ada meeting juga ka..

Bulan: Adaaa.. 1 hari saja loo..

Bumi: Apa pasal 1 hari, sangat pendek?

Bulan: Awak tau ka, kita mahu cepat kereja, buat bisnes.. rugi kalau meeting lama..

Bumi: Oooo.. itu macam ka..

Bulan: Apa awak dapat itu meeting?

Bumi: Naik bas free, makan free.. hotel saja kena bayar separuh...

Bulan: Itu macam ok juga ya.. Tentu banyak kereja kena bikin..

Bumi: Tadaklah... dengar saja pe.. Awak berapa wang dapat itu bisnes 1 hari?

Bulan: Tarak banyak, cukup makan... tapi satu hari 5 ribu itu macam..

Bumi: Woo.. banyak, kaya lu...

Bulan: Adalah sikit-sikit, itu tanah 30 ekar, rumah sewa 10 pintu, kedai 3 buah...

Bumi: Saham?

Bulan: Tarak main woo..

Bumi: Ekor?

Bulan: Ada sikit.. Lu main ka?

Bumi: Ada, tapi tak kena.. selalu tak kena..

Bulan: Itu ekor, ada haram ka..

Bumi: (diam) Sekarang sudah berenti brother..

Bulan: Ooo, itu macam... bila mau pegi KL?

Bumi: Esok, tak jumpa sampai minggu depan...

Bulan: Nanti bila balik sini jangan lupa datang saya punya kedai..

Bumi: Ok, ok!