Isnin, Oktober 31, 2011

Catatan Bercapah Perjalanan Holland-Paris

Kunta, Vim
city tour
river cruise
AmsterDam
keluar pagi balik malam
0 degree centigrade tak terasa sejuk
kalau di malaysia seperti dalam peti sejuk
pakai panas dan jaket tebal sangat perlu
sebuah welfare state
sejuknya Titlis
T.T.C
Zare diamond
belajar dari mereka
kasut kayu
shape by germany
Carving by France
Finishing by Holland/ Dutch
Seeing and clapping bye Malaysian or visitor
it's okay, I'm okey
0 degree is not cold
Holland population is 16 million
car and trucks 8 million
kebab gedang
biryani kambing
seharian tak nampak matahari
melalui banyak terowong canggih
membelahi bukit dan
merentasi bawah laut, 18 meter bawah dasarnya
jaighway 5 lorong
3 atau 4 lorong antara bandaraya
lampu kenderaan dipasang sepanjang perjalanan
jikla jamm di lebuhraya adakah sbb kemalangan
siksanya menarik beg
gementar di imigresen point!

KALAU PUTIH...

Anak-anak kalau putih tentu comel, cantik
Kalau remaja yang putih pastinya menarik
perempuan-perempuan kalau putih selalunya disayangi?
Lelaki-lelaki kalau putih bangga dirinya lebih!
Matanya kalau putih
rasanya tak lama lagi akan pergi...
Tapi tidak kepada putih mata
selalunya yang dikejar tak tercapai
Akurlah kini kita semua tidak berputih mata lagi
Salju yang diburu ditemui di sini
Frankfurt mula sejuk
Heidelburg telah mula memenuhi banyak harapan
Tanahnya dilihat semakin putih
Perjalanan ke Luzern buminya juga memutih
Seronok dihati dapat menikmati
Fikiran mula melayang rindu
Malaysia tanah airku
Perjalanan masih jauh
Meruntun hati seketika, harap tidak lama
Negara Atas Angin rupanya putih
bila sampai waktunya
Pesonanya mengagumkan
buminya yang putih saujana mata memandang
Orangnya pun putih
bersih tanpa dosa?
Membuat diri ini kagum terpesona
Kebesara Pencipta menyentuh hati
memahat jiwa merindui Ilahi
tanpa batasan dan sempadan negara.
Kalau putih
kepadamu sahaja
tempat menagih harapan dan keselamatan hakiki
Rindunya kami kepada syurgaMu ya Allah
Di sana pasti putihnya lebih
bukan lagi, kalau-kalau putih
Putih bumi Eropah akan hilang diterjah masa
akan lenyaplah putihnya
Apa yang pasti putih syurga kekal selamanya.

Kenangan bermusafir
di bumi Eropah
Disember 2010.

Tahun Masehi (TM) Vs Tahun Hijrah (TH)

Siapa yang lahir pada tarikh TM berikut, THnya adalah bersamaan:

16.03.1950 (26 Jamadil Awal 1369)

09.10.1952 (19 Muharram 1372)

14.02.1979 (16 Rabi'ul Awal 1399)

14.11.1980 (6 Muharram 1401)

30.04.1984 (28 Rejab 1404)

20.06.1986 (21 Ramadhan 1406)

07.05.1989 (1 Syawal 1409)

20.05.1982 (17 Zulka'edah 1412)

Dicadangkan kepada orang Islam supaya menyambut peringatan hari lahir pada tahun hijrah juga, biarpun 2 kali setahun menyambutnya... Sekarang ni ramai umat Islam sudah tak cakna kepada sejarahnya sendiri yg merujuk kepada tahun hijrah.

Ahad, Oktober 30, 2011

PARIS YANG KU KENALI (PYKK)

PYKK
Namamu masyhur
Harummu dibawa angin sepoi ke serata dunia
Kota metropolitan canggih
Sibuk bila tiba waktunya
Rakyatmu nampak sabar
Tapi tetamumu pula terkejar-kejar
PYKK
Namamu memang tersohor.

Kotamu unik
Bangunannya menarik
Banyak sejarah terpahat
Nepoleon Bonaparte
Pahlawan milikmu yang teragung
Negara terbilang disanjung
Paris namamu gah
Di dunia Eropah
Budinya telah lama tersebar.

Di lamanmu Paris
Banyak sejarah tercipta
Kekalnya nampak nyata
Menara Eiffel, sungai Seinenya penuh indah
Tugu-tugumu terserlah
Nampak gah
Tetap gagah
Pusat aka gedung beli belah ada di mana-mana
Telah mengajar erti jerih
Pengunjungmu tetap pilih.

Bersimpang siur jalan-jalanmu
Nyata betapa sibuk
Rela menampung insan-insan mahu menagih simpatimu
Kamu kota rezeki
Taraf hidup tinggi
Di manakah rakyat susahmu?
Kalau tidak pendatang jajahanmu Afrika.

PYKK
Susahnya mengenal Islammu
Pengunjung berperut kosong bingung
Di mana akan ku cari kebab?
Carilah sendiri sudut-sudut halalmu
Di mana pula tempat memohon restu
Sukarnya mencariMu Illahi di Paris.

PYKK
Paling aku ingat
Tutur katamu
Idghram yang mempersona
Susah disebut
Tapi tak akan dilupa.

PYKK
Jemputlah lagi kami ke sana
InsyaAllah kami akan datang jagi
Ke kota oh Paris!

Rabu, Oktober 05, 2011

Bersara Atau Bisnes

Bersara selalunya hanya merujuk kepada berhenti dari perkhidmatan apabila sampai umur bersara. Baik perkhidmatan awam atau swasta. Terbaru umur bersara perkhiodmatan kerajan ialah 60 tahun, tetapi swasta belum ditentukan lagi, pastinya akan ikut sama, juga 60 tahun. Selepas umur bersara tersebut dikira sudah kurang atau tidak produktif kepada sesetengah orang. Selalunya ada sahaja kerja yang dilakukan oleh pesara-pesara mengikut keutamaan dan minat masing-masing. Sepatutnya begitulah sebab untuk memenuhi masa terluang yang begitu banyak, untuk mengelakkan rasa jenuh dan jemu. Kalau dulu bekerja ikut waktu pejabat '824' atau '925' tetapi sekarang 'kosong' sebab tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan lagi. Sebab itulah ramai juga yang berusaha untuk kembali kepada keadaan asal, ada masa untuk melakukan sesuatu. Jadi ramailah pesara melakukan kerja-kerja yang mereka fikir sesuai dan suka semata-mata untuk mengelak rasa jemu dan bosan.

Hudud dibincangkan dijalanan...

Konsep dan perlaksanaan hudud sebenarnya masih kabur pada rakyat biasa. Apatah lagi kepada orang bukan Islam yang menutup serapat-rapatnya terhadap segala maklumat berkaitan dengan agama ini. Langkah akhbar-akhbar mengambil kenyataan dari orang ramai dan artis mengenai hudud ini adalah seperti bertanyakan sesuatu apa yang ada dalam perut gajah. Semuanya main agak dan 'rasa' saja. Menilai sesuatu bukan secara menyeluruh sepertilah orang buta menceritakan apa yang dia tahu dan rasa bagaimana bentuk dan rupanya seekor gajah. Sepatutnya pihak yang bertanggung jawab mesti menjelaskan dan memberi penerangan yang terperinci berkaitan dengan hukum hudud ini. Ini tidak! Semuanya mahu dipolitikkan. Kesannya menyebabkan ramai yang keliru, benci dan memandang negatif kepada hudud khasnya dan Islam amnya.

Sedikit mengenai hudud ini, dalam ilmu feqah ia merupakan satu hukuman jenayah atau siksaan yang telah ditentukan peraturannya dan menjadi hak tuntutan Allah. Kekuasan manusia tidak boleh campur tangan untuk memaaf atau mengurangkan hukuman orang bersalah dengan apa cara sekalipun baik dari orang yang terlibat atau dari penguasa negara. Bidang hudud ini ada tujuh: zina, qazaf, minum arak, mencuri, menggangu keamanan, murtad dan menderhaka. Jika pihak berwajib @ qadi mendapati seseorang itu bersalah maka wajib dan mestilah ia menghukum mengikut peraturan yang ditentukan. Tiada kompromi!!!

Selasa, Oktober 04, 2011

Janji Dengan Diri Selalu Mungkir...

Kenapa janji dengan diri selalu mungkir?
Mungkin satu amalan dan tabiat
Bila dah biasa ia menjadi amalan
Bukan positif tetapi negatif
Sebenarnya janji ini satu amanah
Wajib dikotakan dan dilaksanakan
Paling jelek, ianya satu ciri orang munafik
Sukakah kita menjadi umat dibenci dan dilaknat Allah?
Pohon dijauhkan dari sifat suka memungkiri janji ini
Berjanji pada orang lain selalunya lebih ditepati
Berjanji pada diri sering bertangguh
Jangan amalkan selalu begitu
Ditakuti menjadi senjata makan tuan
Menikam diri dari dalam
Merosakan ciri peribadi yang disukai Allah
Beramanah dan bercakap benar
Jujurlah dengan diri
Malulah kepada diri sendiri
Diri sendiri juga mahu dilayan dengan sempurna
Mahu maju dan berjaya
Tidaklah susah mana
Pastikan janji ditepati
Pada diri dan pada sesiapa sahaja
Pastinya Allah Maha Mengetahui
Janganlah menipuNya lagi
Sedar wahai insan yang bernama manusia!

Tetapkanlah Diriku dan Hatiku Dengan Al-Quran

Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah' ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berikanlah ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya ditengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hujjah bagiku wahai Tuhan seru sekian alam. Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku, perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup, perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku dari segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku sebagai penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku, terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku, dan aku memohon ketinggian Syurga-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka. Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kapada-Mu yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepada-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami, berilah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami, jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami, tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami, janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami, janganlah Engkai beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah mengembirakannya, janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari siksaan api neraka, semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w dan kepada keluarganya serta para sahabatnya yang baik.

Masa Itu Kehidupan...

Terasa benar kerugian jika kita membazirkan masa, sebab 'masa itu kehidupan', mungkin lebih baik dan utama berbanding dengan 'masa itu emas'. Jika kita merujuk kepada ayat Allah surah Al-'Asr, sesunggunya menyatakan rugilah manusia itu jika masanya digunakan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan jahat. Kalau kita rujuk kepada erti ayat itu, amatlah jelas menyatakan: "Demi masa! Sesungguhnya manusia ini dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." Ayat ini memang luas pengertiannya, jika difahamkan benar-benar ia merujuk kepada kehidupan kita bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di alam selepas kita mati iaitu alam akhirat. Jika kita meneliti, memahami dan mengamalkan semua suruhan Allah dalam agama Islam, pastinya hidup kita lebih bermakna, lebih beruntung dan tidak rugi serta sia-sia.

Marilah kita berusaha menjadi manusia atau insan yang taat kepadaNya. Melaksanakan segara suruhannya disamping kita melakukan tugas dan tanggung-jawab kita sebagai khalifah di dunia ini. Tidak kira sama ada kita berseorangan, apatah lagi berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara, pastinya ada tanggung-jawab yang perlu dipikul sesuai dengan kedudukan kita. Kita akan ditanya oleh Allah, masa yang ada di dunia apa yang kita lakukan ke arah kebaikan atau keburukan, sia-sia atau berfaedah dari segi amalan agama Islam yang kita anuti.

Oleh sebab itu kita sebagai umatNya dilarang berdiam diri tanpa berusaha dalam melaksanakan tanggung-jawab yang diamanahkan. BerDoa sahaja tidak cukup, kita perlu berUsaha, berIkhtiar dan barulah berTawakal kepada Allah SWT. Ringkas kata : DUIT adalah segala-galanya baik di dunia, apatah lagi di Akhirat. Fikir-fikirkanlah ye!