Selasa, Oktober 16, 2012

Kapal Persiaran

Bilalah agaknya boleh bercuti dengan menaiki kapal ini. Memang teringin sangat membawa famili menikmati angin laut, keindahan pantai, suasana rehat dan santai... Kalau boleh dan ada wang yang banyak lebih seronok sewa satu kapal ni atau beli je kapal tu atau kapal yang baru. Agaknya berapa juta ea. Tapi itu berangan je. Nak bercuti melancong naik kapal mi pun tak larat nak bayar apatah lagi nak beli kapal macam ni. Berangan je laa...

Menggapai Kejayaan Puncanya Anda Sendiri

Lama sungguh tidak menjengah post ini. Betullah kata orang kalau tidak ada fokus dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu, pastinya kerja yang dilakukan tidak memuaskan, tidak berjaya, berhenti separuh jalan malah akan merugikan diri sendiri atau orang lain juga. Kekuatan dalam soal tulis menulis dan karang mengarang ini memang terletak pada semangat yang kental dan kesungguhan. Idea dan isu sebenarnya boleh dicari dan ianya tidak menjadi masalah besar. Ramai orang mengatakan bahawa kita perlu banyak membaca untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan berfaedah. Bukan setakat asal ada sahaja. Biarlah orang yang membaca tulisan kita itu puas hati dalam semua aspek seperti isi san isunya, gaya bahasanya, perbendaharaan katanya, data dan detailnya, maklumat sebenar bukan bohong, dan kekuatan lainnya ialah ianya boleh menarik pembaca untuk meneruskan bacaan hingga habis. Ada orang suka dicabar untuk berkarya. Ada orang menulis kerana memenuhi masa lapang. Ada orang juga menulis kerana wang. Ada orang menulis semata-mata mahu orang tahu. Ada yang menulis kerana menyebarkan diayah. Yang lain juga menulis kerana ingin mendapatkan pengiktirafan seperti mendapatkan segelung ijazah, dsbnya. Untuk menjadikan usaha kita terus berjalan secara istiqamah, kita perlu memaksa diri dengan memulakan dari langkah pertama. Seterusnya lakukanlah langkah kedua. Rasanya selepas itu tidak akan menjadi masalah lagi untuk menerusnya hingga kelangkah infiniti? Kita perlu memupuk, memujuk dan memaksa diri untuk berjaya dangan cemerlang. Lakukanlah dengan secara bertanggung jawab, jujur dan ikhlas serta amanah.