Isnin, Oktober 21, 2013

Buta Komputer

Kalau kita buta komputer, mungkin boleh kita ubah dengar belajar, memahami dan memahirkan pengetahuan kita dalam semua selok belok perkomputeran supaya kita menjadi celik komputer. Ini bermakna dari tak tahu mengenai komputer terutama dari segi operasinya kita akan berubah 360 darjah kepada pandai komputer khususnya dalam menguasai pengetahuan teknikal dan teknologi baru perkomputeran itu.

Rabu, Oktober 09, 2013

MASA ITU EMAS

Kepada siapa yang mengatakan masa mereka itu emas? Kalau kira lojiknya sudah tentulah kepada pelombong emas sebab kalau mereka membazir masa dan melambat-lambatkan kerja melombong, pasti emas yang dapat digali atau diproses kurang..haha. Betulkah analogi ini? Sebenarnya masa itu penting. Kerana kepentingan itu diibaratkan masa itu sebagai emas. Emas memang mahal selarang. Satu gram sekitar RM135, huh.. Kalau nak beli gelang sebenar lidi kelapa, pastinya berharga antara RM500 hingga RM1000.

Kita tinggalkan emas sebagai analogi. Akan tetapi kita perlu kaitkan dengan kehidupan yang serba kekurangan dan mencabar ini. Kalau kita malas dan suka membazir masa, pastinya ketinggalan dalam perlumbaan hidup dizaman moden ini.

Masa itu kehidupan! Sesuatu peringatan yang boleh kita jadikan panduan dalam meneruskan kelangsungan hidup dizaman serba canggih ini. Jangan buang masa. Ambillah peluang. Rebutlah apa yang sesuai dengan kemahiran yang kita miliki.

Dulu Masa itu emas, sekarang Masa itu kehidupan?!!

Selasa, Oktober 08, 2013

"Penghulu Amalan Wirid"

Ramai orang silap faham kerana sering merujuk bahawa wirid hanya menyebut nama Allah seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, dll.. Akan tetapi wirid ini sebenarnya merujuk kepada semua amalan sunat yang lazim dan mudah dilakukan seperti solat-solat sunat, bersedekah, membantu dan menolong orang, berpuasa sunat, dsb.. Amalan-amalan sunat ini apabila dilakukan secara istiqamah dan berterusan maka ianya bolehlah dipanggil wirid. Adalah lebih baik kalau kita boleh melaksanakan kesemuanya, atau kita perlu menumpukan satu atau dua daripadanya untuk menjadikan ianya sebagai "penghulu amalan wirid" kita. Contohnya bersedekah atau bersolah tahajjud sebagai Penghulu Amalan Wirid kita.. Tidak mustahil kalau kita menerima ujian dari Allah SWT, sekurang-kurangnya kita boleh mengadu dan merayu kepadaNya mengenai amalan utama yang kita lakukan dengan  mengharapkan  Allah memakbulkan permohonan kita. Wallahu a'lam....