Rabu, Ogos 13, 2008

Apa Yang Hangat Dipasaran Tak Semestinya Baik Tapi Mungkin Ada Pengajarannya

Selalunya yang hangat dan panas itu adalah baik. Jika makanan ia ada kaitan dengan kebersihan, iaitu terhindar dari kuman kerana makanan itu dimasak. Jika berita panas ia akan menjadi perhatian ramai orang. Ramai orang akan teruja dan sekali gus cuba mempercayainya. Jika api panas ramai orang akan menjauhinya apatah lagi api neraka. Pasti orang akan gerun terutama kepada ahli ibadah. Sebaliknya orang yang dangkal agama tidak memberi kesan langsung kepada mereka malah ada yang mempermain-mainkan pengajaran dan balasannya. Mereka kata api memang panas. Mereka ingat api neraka itu macam api yang ada di dunia ini. disambung...

Rabu, Julai 16, 2008

Bahasa Melayu Perlu Dikekalkan, Diperkukuh dan Dimartabatkan

Apabila dasar pelajaran menyongsang arus maka pastilah akan memberi kesan yang negatif. Apa tidaknya seperti yang terjadi kepada bahasa Melayu sudah mula dipinggirkan di negara Malaysia ini oleh orang Melayu sendiri. Alangkah sedihnya negara yang dulunya dinamakan Tanah Melayu, kemudian Malaysia dan akan datang sebuah republik Malaysia (?) yang mengagungkan bahasa Inggeris. Dimanakah letaknya keberanian dan jati diri serta semangat mempertahankan bahasa Melayu ini yang telahpun dinobatkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di semua peringkat pengajaran. Apa jadahnya mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris!
Kesanya bukan sahaja kepada perangai dan gaya hidup tetapi akan memberi impak budaya yang sangat negatif. Orang melayu akan dipinggirkan di negara sendiri. Mengapa?

Khamis, Mei 29, 2008

Bila Boleh Berubah: Sekarang atau Akan Datang

Sesuatu yang lama ianya perlu berubah. Dipaksa atau semulajadi bergantung kepada keadaan. Berubah kepada kebaikan adalah sesuatu yang baik. Ada perubahan yang terancang dan ada yang tidak. Apa hasil yang hendak dicapai. Sederhana atau cemerlang, bermakna tau sekadar perubahan biasa. Semuanya dapat dilihat daripada apa yang kita usahakan. Penekanan kita bersungguh-sungguh atau hanya mengikut arus. Bukan arus perdana tetapi sekadar arus sampingan. Jangan harap ianya dapat berubah secara total dan berganda. Satu lagi aspek yang penting ialah sikap dan pemikiran. Semuanya perlu berubah serentak. Satu paradigma baru perlu dilaksanakan dan dihayati oleh seluruh kakitangan dan staff. Pemehaman yang jelas dan mendalam perlu. Pemikiran yang objektif dan jitu wajar diterapkan. ( akan disambung..... )

Jumaat, Mei 16, 2008

Isyah Umairah Sayang


Lahirmu jauh di perantauan, nun di Sandakan, Sabah. Berita gembira ini tersebar dua hari sebelum hari yang dijangkakan oleh doktor. Tetapi Allah yang maha kuasa dan maha mengetahui, Isyah Umairah lahir pada hari Jumaat, 9hb. Mei, 2008 bersamaan 3 Jamadil Awal 1429 hijrah.