Kepada siapa yang mengatakan masa mereka itu emas? Kalau kira lojiknya sudah tentulah kepada pelombong emas sebab kalau mereka membazir masa dan melambat-lambatkan kerja melombong, pasti emas yang dapat digali atau diproses kurang..haha. Betulkah analogi ini? Sebenarnya masa itu penting. Kerana kepentingan itu diibaratkan masa itu sebagai emas. Emas memang mahal selarang. Satu gram sekitar RM135, huh.. Kalau nak beli gelang sebenar lidi kelapa, pastinya berharga antara RM500 hingga RM1000.
Kita tinggalkan emas sebagai analogi. Akan tetapi kita perlu kaitkan dengan kehidupan yang serba kekurangan dan mencabar ini. Kalau kita malas dan suka membazir masa, pastinya ketinggalan dalam perlumbaan hidup dizaman moden ini.
Masa itu kehidupan! Sesuatu peringatan yang boleh kita jadikan panduan dalam meneruskan kelangsungan hidup dizaman serba canggih ini. Jangan buang masa. Ambillah peluang. Rebutlah apa yang sesuai dengan kemahiran yang kita miliki.
Dulu Masa itu emas, sekarang Masa itu kehidupan?!!
Rabu, Oktober 09, 2013
Selasa, Oktober 08, 2013
"Penghulu Amalan Wirid"
Ramai orang silap faham kerana sering merujuk bahawa wirid hanya menyebut nama Allah seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, dll.. Akan tetapi wirid ini sebenarnya merujuk kepada semua amalan sunat yang lazim dan mudah dilakukan seperti solat-solat sunat, bersedekah, membantu dan menolong orang, berpuasa sunat, dsb.. Amalan-amalan sunat ini apabila dilakukan secara istiqamah dan berterusan maka ianya bolehlah dipanggil wirid. Adalah lebih baik kalau kita boleh melaksanakan kesemuanya, atau kita perlu menumpukan satu atau dua daripadanya untuk menjadikan ianya sebagai "penghulu amalan wirid" kita. Contohnya bersedekah atau bersolah tahajjud sebagai Penghulu Amalan Wirid kita.. Tidak mustahil kalau kita menerima ujian dari Allah SWT, sekurang-kurangnya kita boleh mengadu dan merayu kepadaNya mengenai amalan utama yang kita lakukan dengan mengharapkan Allah memakbulkan permohonan kita. Wallahu a'lam....
Isnin, September 30, 2013
Jebat Kesayangan
"Menangisi Belasungkawa Jebat"
Tanggal 24 September 2013 @ 1 petang
Pergilah buat selama-lamanya..
Jebat, kucing kesayangan kami
Satu famili merasa sebak..
Kelibatynya tak mungkin menjelma lagi
Perginya terlalu pantas
Dua hari cuma sakitnya..
Walaupun ke klinik
Ikhtiar ini tidak seperti diharapkan, tidak bererti
Kerana Tuhan Maha Mengetahui
Semua adalah kehendaknya..
Pengajaran pada yang ada, hatta manusia..
Terimalah ujian kecil ini..
Hari-hari bersama
Tiba-tiba tiada
Memanglah terasa kehilangannya..
Bagai manapun ianya satu muhasabah..
Buat manusia yang masih hidup ini..
Syukurlah kehadratNya
Meminjamkan Jebat ke dunia bersama
Bergembira dan berduka..
Aduhai Jebat kesayangan
Kehilangan'mu' satu pengajaran
Dari Allah Yang Maha Esa..!
AllahuAkbar!
Selasa, Oktober 16, 2012
Kapal Persiaran
Bilalah agaknya boleh bercuti dengan menaiki kapal ini. Memang teringin sangat membawa famili menikmati angin laut, keindahan pantai, suasana rehat dan santai...
Kalau boleh dan ada wang yang banyak lebih seronok sewa satu kapal ni atau beli je kapal tu atau kapal yang baru. Agaknya berapa juta ea. Tapi itu berangan je. Nak bercuti melancong naik kapal mi pun tak larat nak bayar apatah lagi nak beli kapal macam ni. Berangan je laa...
Menggapai Kejayaan Puncanya Anda Sendiri
Lama sungguh tidak menjengah post ini. Betullah kata orang kalau tidak ada fokus dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu, pastinya kerja yang dilakukan tidak memuaskan, tidak berjaya, berhenti separuh jalan malah akan merugikan diri sendiri atau orang lain juga.
Kekuatan dalam soal tulis menulis dan karang mengarang ini memang terletak pada semangat yang kental dan kesungguhan. Idea dan isu sebenarnya boleh dicari dan ianya tidak menjadi masalah besar. Ramai orang mengatakan bahawa kita perlu banyak membaca untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan berfaedah. Bukan setakat asal ada sahaja. Biarlah orang yang membaca tulisan kita itu puas hati dalam semua aspek seperti isi san isunya, gaya bahasanya, perbendaharaan katanya, data dan detailnya, maklumat sebenar bukan bohong, dan kekuatan lainnya ialah ianya boleh menarik pembaca untuk meneruskan bacaan hingga habis.
Ada orang suka dicabar untuk berkarya. Ada orang menulis kerana memenuhi masa lapang. Ada orang juga menulis kerana wang. Ada orang menulis semata-mata mahu orang tahu. Ada yang menulis kerana menyebarkan diayah. Yang lain juga menulis kerana ingin mendapatkan pengiktirafan seperti mendapatkan segelung ijazah, dsbnya.
Untuk menjadikan usaha kita terus berjalan secara istiqamah, kita perlu memaksa diri dengan memulakan dari langkah pertama. Seterusnya lakukanlah langkah kedua. Rasanya selepas itu tidak akan menjadi masalah lagi untuk menerusnya hingga kelangkah infiniti?
Kita perlu memupuk, memujuk dan memaksa diri untuk berjaya dangan cemerlang. Lakukanlah dengan secara bertanggung jawab, jujur dan ikhlas serta amanah.
Langgan:
Catatan (Atom)