Jumaat, Oktober 30, 2009

Harapan Kepada Anak-Anak Tersayang

Orang kata jadilah anak-anak yang berguna. Jadilah anak yang pandai. Jadilah anak yang baik. Jadilah anak tahu hormat ibu bapa dan orang tua. Ibu bapa suka anak-anak mereka taat suruhan Allah dan mengikut kata orang tua. Semua orang mahu anak mereka berjaya dan sempurna hidup. Jadilah orang positif dan rasional. Semua yang negatif mereka tak mahu. Apa sebab semua orang maklum, tak mahu menyusahkan. Jika nak jadi hero, jadilah hero yang baik dan suka menolong orang, bukan menyusahkan orang tua. Bukan senang nak capai tahap ini melainkan dengan usaha gigih ibu bapa dan anak itu sendiri. Yang penting sekali ialah memohon pada Allah agar kita semua tergolong dalam umatnya yang dirahmati kehidupannya baik di dunia mahupun akhirat.

Oleh itu sayanglah diri kita, ibu bapa kita, saudara mara, sahabat handai, masyarakat hatta kepada seisi alam semesta ini, agar hidup kita diberkati dan diredai oleh Allah Subhanahu Wataala. Didikan agama dan melaksanakan tanggung jawab kepadaNya adalah sesuatu yang tidak ada kompromi. Amin...