Khamis, Mei 29, 2008

Bila Boleh Berubah: Sekarang atau Akan Datang

Sesuatu yang lama ianya perlu berubah. Dipaksa atau semulajadi bergantung kepada keadaan. Berubah kepada kebaikan adalah sesuatu yang baik. Ada perubahan yang terancang dan ada yang tidak. Apa hasil yang hendak dicapai. Sederhana atau cemerlang, bermakna tau sekadar perubahan biasa. Semuanya dapat dilihat daripada apa yang kita usahakan. Penekanan kita bersungguh-sungguh atau hanya mengikut arus. Bukan arus perdana tetapi sekadar arus sampingan. Jangan harap ianya dapat berubah secara total dan berganda. Satu lagi aspek yang penting ialah sikap dan pemikiran. Semuanya perlu berubah serentak. Satu paradigma baru perlu dilaksanakan dan dihayati oleh seluruh kakitangan dan staff. Pemehaman yang jelas dan mendalam perlu. Pemikiran yang objektif dan jitu wajar diterapkan. ( akan disambung..... )

Tiada ulasan: