Selasa, Oktober 08, 2013

"Penghulu Amalan Wirid"

Ramai orang silap faham kerana sering merujuk bahawa wirid hanya menyebut nama Allah seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, dll.. Akan tetapi wirid ini sebenarnya merujuk kepada semua amalan sunat yang lazim dan mudah dilakukan seperti solat-solat sunat, bersedekah, membantu dan menolong orang, berpuasa sunat, dsb.. Amalan-amalan sunat ini apabila dilakukan secara istiqamah dan berterusan maka ianya bolehlah dipanggil wirid. Adalah lebih baik kalau kita boleh melaksanakan kesemuanya, atau kita perlu menumpukan satu atau dua daripadanya untuk menjadikan ianya sebagai "penghulu amalan wirid" kita. Contohnya bersedekah atau bersolah tahajjud sebagai Penghulu Amalan Wirid kita.. Tidak mustahil kalau kita menerima ujian dari Allah SWT, sekurang-kurangnya kita boleh mengadu dan merayu kepadaNya mengenai amalan utama yang kita lakukan dengan  mengharapkan  Allah memakbulkan permohonan kita. Wallahu a'lam....

Tiada ulasan: