Jumaat, November 06, 2009

Apa Orang Kata vs Apa Kita buat

Kita buat sesuatu kerana kita mahu buat. Lazimnya kurang atau tiada campur tangan orang lain. Jika semasa bekerja orang lain menentukan tugas kita. Itu kalau kita jadi orang bawah atau pengikut. Lainlah sebagai pemimpin, tugasnya mengarah. Apa yang kita buat sewaktu bertugas selalunya berasaskan dan berpandukan kepada garis panduan dan peraturan ditetapkan oleh pihak atasan. Tiadalah masalah Apa Orang Kata. Kalau adapun ada puak-puak atau rakan sekerja yang suka jaga tepi kain alias dengki dan khianat. Tak puas hati bukan kerana kerja tak siap tapi mungkin ada sebab lain seperti tercabar, disisihkan oleh boss, kurang senang kerana tak dapat perhatian, dsbnya.

Kadang-kadang apa orang kata berperanan besar mempengaruhi apa kita buat. Selalunya berlaku begini disebabkan kita kurang persediaan dan tidak yakin terhadap apa yang kita buat. Yang baiknya jadikanlah apa orang kata itu sebagai cabaran dan saingan positif serta motivasi kepada kita dalam melaksanakan tanggung jawab dengan lebih sempurna.

Selain dari itu sikap tegas dan berani sangat perlu dalam melaksanakan tugas diamanahkan. Perancangan yang rapi mesti ada. Risiko perlu dijangka. Sifat berani dan sabar dalam setiap usaha perlu ada. Menghayati dan bersungguh-sungguh serta komited dalam setiap perjuangan. Kejayaan menanti perjuangan yang tulus dan suci begini. Kalau tak percaya, cubalah!

Tiada ulasan: