Ahad, April 06, 2008

Kembalikan Umno dan Keadilan kepada Islam

Topik ini hanya satu percambahan fikiran yang boleh dipersetujui dan tidak dipersetujui khususnya dalam konteks perlaksanaannya dalam politik Malaysia. Memanglah sepatutnya jika dominasi ahli sesebuah pertubuhan itu ramai dianggotai oleh penganut Islam, pemimpin dan ahlinya mesti memikirkan menjadikan Islam sebagai panduan dan pegangan. Bukankah Islam itu sangat sesuai dengan fitrah manusia jika ia dilaksanakan dengan betul dan berhemah. Apa yang penting bahawa setiap individu dalam pertubuhan itu yang dirujuk kepada Umno dan Keadilan mesti memahami dan menghayati ajaran Islam tersebut. Bukankah Islam itu diturunkan untuk menyelamatkan manusia dan ummah. Percayalah kepada ketentuan Allah sebagai pencipta yang maha kaya dan maha mengetahui.

Banyak orang rasa takut untuk memperkenalkan apa itu Islam yang sebenar. Kita sering membuat anggapan bahawa Islam itu ketinggalan dan mundur. Semuanya terpengaruh dengan propaganda media dan pihak yang tidak bertanggung jawab. Sepatutnya semua orang perlu mengkaji secara mendalam isi kandungan Al-Quran yang penuh dengan panduan dan peraturan yang paling teliti dan selamat. Kita juga ada hadis Nabi yang boleh membantu dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam itu sendiri. Dalam Islam itu sendiri ianya sudah meliputi semua bidang kehidupan daripada aqidah, akhlak dan syariah. Aqidah berkait dengan rukun iman. Akhlak berkait dengan perkara-perkara mazmumah dan mahmudah. Syariah pula berkait pula dengan rukun Islam dab perkara-perkara ibadah, muamalat, munakahat, jinayat dan mujahadah yang semuanya boleh meliputi aktiviti kehidupan manusia. Hanya dalam Quran itu tidak menyebut perkataan politik, demokrasi, dll walaupun dari segi melaksanakan cara kehidupan dan berpolitik cukup lengkap.

Oleh itu perlu kedua-dua pertubuhan iaitu Umno dan Keadilan perlu mula melihat kepada Islam sebagai intipati perjuangan npertubuhan masing-masing. Insha Allah perpaduan akan lebih baik dan terjamin. Barakahnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Sama-samalah kita memikirkannya. Laksanakanlah tanpa ragu kerana Allah bersama orang yang berusaha melaksanakan ajaranNya.

Tiada ulasan: