Rabu, Oktober 05, 2011

Bersara Atau Bisnes

Bersara selalunya hanya merujuk kepada berhenti dari perkhidmatan apabila sampai umur bersara. Baik perkhidmatan awam atau swasta. Terbaru umur bersara perkhiodmatan kerajan ialah 60 tahun, tetapi swasta belum ditentukan lagi, pastinya akan ikut sama, juga 60 tahun. Selepas umur bersara tersebut dikira sudah kurang atau tidak produktif kepada sesetengah orang. Selalunya ada sahaja kerja yang dilakukan oleh pesara-pesara mengikut keutamaan dan minat masing-masing. Sepatutnya begitulah sebab untuk memenuhi masa terluang yang begitu banyak, untuk mengelakkan rasa jenuh dan jemu. Kalau dulu bekerja ikut waktu pejabat '824' atau '925' tetapi sekarang 'kosong' sebab tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan lagi. Sebab itulah ramai juga yang berusaha untuk kembali kepada keadaan asal, ada masa untuk melakukan sesuatu. Jadi ramailah pesara melakukan kerja-kerja yang mereka fikir sesuai dan suka semata-mata untuk mengelak rasa jemu dan bosan.

Tiada ulasan: