Selasa, Oktober 04, 2011

Masa Itu Kehidupan...

Terasa benar kerugian jika kita membazirkan masa, sebab 'masa itu kehidupan', mungkin lebih baik dan utama berbanding dengan 'masa itu emas'. Jika kita merujuk kepada ayat Allah surah Al-'Asr, sesunggunya menyatakan rugilah manusia itu jika masanya digunakan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan jahat. Kalau kita rujuk kepada erti ayat itu, amatlah jelas menyatakan: "Demi masa! Sesungguhnya manusia ini dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." Ayat ini memang luas pengertiannya, jika difahamkan benar-benar ia merujuk kepada kehidupan kita bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di alam selepas kita mati iaitu alam akhirat. Jika kita meneliti, memahami dan mengamalkan semua suruhan Allah dalam agama Islam, pastinya hidup kita lebih bermakna, lebih beruntung dan tidak rugi serta sia-sia.

Marilah kita berusaha menjadi manusia atau insan yang taat kepadaNya. Melaksanakan segara suruhannya disamping kita melakukan tugas dan tanggung-jawab kita sebagai khalifah di dunia ini. Tidak kira sama ada kita berseorangan, apatah lagi berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara, pastinya ada tanggung-jawab yang perlu dipikul sesuai dengan kedudukan kita. Kita akan ditanya oleh Allah, masa yang ada di dunia apa yang kita lakukan ke arah kebaikan atau keburukan, sia-sia atau berfaedah dari segi amalan agama Islam yang kita anuti.

Oleh sebab itu kita sebagai umatNya dilarang berdiam diri tanpa berusaha dalam melaksanakan tanggung-jawab yang diamanahkan. BerDoa sahaja tidak cukup, kita perlu berUsaha, berIkhtiar dan barulah berTawakal kepada Allah SWT. Ringkas kata : DUIT adalah segala-galanya baik di dunia, apatah lagi di Akhirat. Fikir-fikirkanlah ye!

Tiada ulasan: