Isnin, Oktober 31, 2011

KALAU PUTIH...

Anak-anak kalau putih tentu comel, cantik
Kalau remaja yang putih pastinya menarik
perempuan-perempuan kalau putih selalunya disayangi?
Lelaki-lelaki kalau putih bangga dirinya lebih!
Matanya kalau putih
rasanya tak lama lagi akan pergi...
Tapi tidak kepada putih mata
selalunya yang dikejar tak tercapai
Akurlah kini kita semua tidak berputih mata lagi
Salju yang diburu ditemui di sini
Frankfurt mula sejuk
Heidelburg telah mula memenuhi banyak harapan
Tanahnya dilihat semakin putih
Perjalanan ke Luzern buminya juga memutih
Seronok dihati dapat menikmati
Fikiran mula melayang rindu
Malaysia tanah airku
Perjalanan masih jauh
Meruntun hati seketika, harap tidak lama
Negara Atas Angin rupanya putih
bila sampai waktunya
Pesonanya mengagumkan
buminya yang putih saujana mata memandang
Orangnya pun putih
bersih tanpa dosa?
Membuat diri ini kagum terpesona
Kebesara Pencipta menyentuh hati
memahat jiwa merindui Ilahi
tanpa batasan dan sempadan negara.
Kalau putih
kepadamu sahaja
tempat menagih harapan dan keselamatan hakiki
Rindunya kami kepada syurgaMu ya Allah
Di sana pasti putihnya lebih
bukan lagi, kalau-kalau putih
Putih bumi Eropah akan hilang diterjah masa
akan lenyaplah putihnya
Apa yang pasti putih syurga kekal selamanya.

Kenangan bermusafir
di bumi Eropah
Disember 2010.

Tiada ulasan: