Rabu, Oktober 05, 2011

Hudud dibincangkan dijalanan...

Konsep dan perlaksanaan hudud sebenarnya masih kabur pada rakyat biasa. Apatah lagi kepada orang bukan Islam yang menutup serapat-rapatnya terhadap segala maklumat berkaitan dengan agama ini. Langkah akhbar-akhbar mengambil kenyataan dari orang ramai dan artis mengenai hudud ini adalah seperti bertanyakan sesuatu apa yang ada dalam perut gajah. Semuanya main agak dan 'rasa' saja. Menilai sesuatu bukan secara menyeluruh sepertilah orang buta menceritakan apa yang dia tahu dan rasa bagaimana bentuk dan rupanya seekor gajah. Sepatutnya pihak yang bertanggung jawab mesti menjelaskan dan memberi penerangan yang terperinci berkaitan dengan hukum hudud ini. Ini tidak! Semuanya mahu dipolitikkan. Kesannya menyebabkan ramai yang keliru, benci dan memandang negatif kepada hudud khasnya dan Islam amnya.

Sedikit mengenai hudud ini, dalam ilmu feqah ia merupakan satu hukuman jenayah atau siksaan yang telah ditentukan peraturannya dan menjadi hak tuntutan Allah. Kekuasan manusia tidak boleh campur tangan untuk memaaf atau mengurangkan hukuman orang bersalah dengan apa cara sekalipun baik dari orang yang terlibat atau dari penguasa negara. Bidang hudud ini ada tujuh: zina, qazaf, minum arak, mencuri, menggangu keamanan, murtad dan menderhaka. Jika pihak berwajib @ qadi mendapati seseorang itu bersalah maka wajib dan mestilah ia menghukum mengikut peraturan yang ditentukan. Tiada kompromi!!!

Tiada ulasan: