Selasa, Mac 02, 2010

Aku Belajar Dari Mereka

Semua orang melalui proses ini, belajar dan mengajar. Semasa bersekolah, guru mengajar kita. Di rumah ibu bapa mengajar kita. Subjek apa-apa yang berkaitan dengan kelangsungan hidup. Kita juga belajar daripada masyarakat, kawan-kawan, mass media dan alam maya atau internet.

Aku mengajar anakku pelbagai. Aku harap mereka dapat mengenal erti hidup. Aku harap mereka berjaya. Semoga mereka dapat mengenal siapa mereka, hubungan mereka dengan Allah dan ibu bapa mereka. Entah sebanyak mana sumbangan diberikan itu, cukupkah atau tidak. Semoga Allah menerimanya.

Apa pula yang aku belajar dari mereka, anak-anakku: ialah kemahiran ICT. Terima kasih anakku. Terima kasih Syidah, Sydan, Bani, Ida, Han dan Yati. Dengan izin Allah, abah dapat berFB, ber e-mail, berblog dan merayau di alam ini... sekadar asas saja pun cukup.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih abah n mak atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai..hanya Allah yang dapat membalas segala-galanya..