Jumaat, Disember 09, 2011

Mee Segera @ Maggie Mee 2

Banyak jenama barangan yang sama dan senasib dengan tendensi penggunaan mee Maggie ni. Kalau sabun basuh, tiada lain yang diingat di kepala selain dari Fab atau Breeze. Sabun mandi pula hanya merujuk kepada Lux. Gula-gula pula terbayanglah di kepala jenama Hacks atau Hadsuns. Geometri box merujuk kepada jenama Oxford, yang lain tak mau. Kalau kasut pasti bata. Sampai sekarangpun masih melanggan jenama itu. Kalau krim krekes sehingga sekarangpun masih membeli jenama pilihan Ping Pong yang tanpa perisa atau yang tawar. Kalau minum mesti minta teh, sekarang paling popular ialah teh tarik. Sedangkan minuman lain banyak lagi. Kalau naik bas pula, selalunya tak tukar-tukar. Kalau biasa dengan bas TranNasional, maka bas yang inilah saja yang dinaiki. Kalau ada teksi, pasti kita pilih orang tertentu sahaja. Begitu juga tukang gunting, pasti tak mahu orang lain. Dulu kalau minum air botol atau tin, memang minta F&N, tak kiralah apa perisapun. Kedai makanpun sukar nak berubah sebab bila berpuas hati pasti susah nak tukar punya. Minyak rambut, pasti brecream atau zam-zam. Minyak kereta, selalunya hanya berhenti di stesyen Petronas atau Esso sahaja. Roti putih campur majerin planta dan kaya jenama Yeo's. Susu pekat Cap Junjung, sekarang dah takde. Hanya susu tepung Dutch Lady atau Lectogen dipilih untuk anak-anak. Sekarang dah banyak cap dan jenama yang lebih menarik dan baik.
Dan banyak lagi contoh lain yang membuatkan kita taksub dan setia menggunakannya.
Mungkin pengguna sekarang dah banyak berubah sebab terdapat berbagai jenis barang dan berbagai jenama yang boleh mempengaruhi pengguna. Tepuk dada tanya selera!

Tiada ulasan: