Sabtu, Disember 10, 2011

Mee Segera @ Maggie Mee 4

Teringat cerita lama mengenai mee segera ini, yang pastinya jenama yang disebut iaitu Maggie Mee. Pasarannya hebat, seluruh negara malah ada juga sampai ke luar negara. Pengeluarnya memang untung. Strategi pasaran dan pemasarannya sangat baik. Boleh kata kebanyakan kanak-kanak sekolah dan orang bujang memang suka mee segera ni. Rasanya okeylah dan ianya memang jimat. Jangan tanyalah kandungan MSGnya, itu perkara kecil. Kalau mula-mula dulu harganya sebungkus hanya 30 sen tatapi sekarang sudah melebihi dua kali ganda.

Apa yang menariknya dalam cerita mengenai Maggie ini ialah ramai pihak yang mendapat untung. Bukan setakat pemborong akan tetapi pengedar dan juga penjual-penjual runcitpun menerima keuntungan, sebabnya ialah pasarannya sangat laris sekali. Kepada para kontraktor juga telah mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan yang lumayan. Apa tidaknya pada satu ketika sekitar tahun 1980an, mee Maggie ini pernah dibekalkan semahal RM3 hingga ke RM4 sebungkus, sedangkan harga pada ketika itu hanya RM0.30 sen sahaja. Saya kira pembekal mengambil kesempatan di atas kesusahan membekal kepada para perajurit yang bertugas dan berjuang di sempadan Thai dan di Sabah dan Sarawak. Tetapi buat masa sekarang mungkin tidak berlaku lagi kerana adanya persaingan dari berbagai jenama mee segera yang berlambak di pasaran. Lagipun kemudahan pengangkutan sudah berbeza dari dulu.

Dari satu sudut amalan ini sebenarnya sangat membazir dan tidak bertanggung-jawab, yang akhirnya merugikan wang negara. Siapa yang salah di sini, pembekal atau pihak kerajaan atau majikan?

Tiada ulasan: