Jumaat, Disember 16, 2011

TAKLID VS IJTIHAD

Dua istilah yang perlu difahami pengertiannya, kerana ia boleh membantu kita sebagai penganut agama perlu peka kepada pentingnya ilmu Islam khususnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadith:

TAKLID: Bermaksud menerima atau mengambil pendapat orang lain lain tanpa mengetahui hujjahnya dari al-Quran atau daru sunnah Rasul. Bertaklid dalam urusan agama adalah perbuatan tercela yang boleh membawa ke arah kesesatan. Bagi orang yang tidak tahu masalah agama hendaklah segera bertanya kepada orang yang mengetahui atau yang mempunyai pengetahuan tentang hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Setiap apa yang kita kerjakan hendaklah disertai dengan pengetahuan, pengertian, atau keterangan, dan janganlah menjadi pak turut sahaja.

IJTIHAD: Bermakna suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kesanggupan daya rohanish untuk menghasilkan penetapan suatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan Hadith. Hasil ijtiohad dinamakan Qias atau Rakyu. Ijtihad adalah merupakan salah satu daripada punca hukum yang penting dalam perundangan Islam. Hukum yang boleh berijtihad ialah yang berhubungan dengan urusan keduniaan yang tidaj jelas nasnya di dalam al-Quran atau Sunnah/Hadith.Misalnya ada kejadian atau masalah baru sedangkan hukumnya tidak didapati secara terperinci di dakam al-Quran atau Sunnah. Dikala itu wajiblah bagi orang yang ahli dalam hukum fekah berijtihad dengan jalan mengkiaskan hukum-hukum yang telah nyata di dalam al-Quran atau Sunnah. Orang-orang yang berkemampuan berijtihad itu dinamakan Mujtahid.

Kesimpulannya semua perkara yang kita hendak lakukan dalam kehidupan kita ini memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk mempastikan kerja dan ibadah yang kita lakukan menjasi sempurna. Ketepatan diperlukan khususnya mengenai hukum hakam, wajib merujuk kepada al-Quran dan Sunnah/Hadith.

Tiada ulasan: