Selasa, November 08, 2011

Mendodoikan kanak-kanak @ bayi

Mendodoikan kanak-kanak atau bayi supaya dia diam dari menangis, dengan harapan dia akan tidur selepas itu dalah satu pengalaman yang baru kepada ibu-ibu muda yang mendapat cahaya mata pertama. Kepada lelaki yang bergelar suami pula lagilah terperanjat dengan situasi dan pengalaman baru ini. Bukan senang kerja ni kerana ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi khususnya kepada orang perempuan. Selalu terdapat pasangan yang marah kerana dengki kepada seorang lagi sebab dia merasakan tak membantu menjaga anak mereka khususnya pada malam hari. Masing-masing letih dan perlukan masa rehat dan tidur. Apakan daya tugas wajib telah tersedia, mendodoikan anak 'kita' berdua. Biasanya ibu bayi lebih tertekan berbanding dengan sibapa, yang kadang-kadang curi tulang dan buat tak tahu saja. Di sinilah mulanya krisis kecil, yang mematangkan pasangan suami isteri yang baru itu.

Lebih kurang dua puluh tahun dulum buai menjadi penyelanmat tugas ibu dan bapa bayi. Bila bayi terus menangis selepas diberi susu atau ditukar lampinnya kerana buang air, apa lagi buailah menjadi penyelamat, mendodoi bayi atau anak dengan cara menghayun atau menghenjut sehingga dia tidur. Bukan setakat hayun tetapi sambil menghayun buai sambil menyanyikan lelagu rakyat atau moden atau meratib menyebut nama Allah. Tak kurang juga ada yang membunyikan sesuatu seperti menggendang tin atau talam atau meniup serunai atau seruling? Amalan akhir ini sangat jarang dilakukan.

Sekarang ini orang hospital sudah tak membenarkan amalan membuaikan anak atau bayi ini. Alasan mereka ialah bimbangan mempengaruhi otak bayi, mungkin cedera kerana gegeran. Henjutan yang kuat boleh mencederakan. Jadi kalau anak tu menangis, terpaksalah dikendung atau dedukung ke hulu ke hilir.

Jika dibandingkan cara dahulu dengan sekarang, rasanya lebih mudah dahulu. Agaknya sebab itulah dahulunya pasangan suami isteri ramai anak berbanding dengan sekarang?
Lagipun orang dulu tak banyak cabaran hidup. Tiada visi dan misi untuk masa depan anak berbanding dengan ibu bapa sekarang. Empat orang anak sudah kira ramai dan cukup. Dulu bilangan sebanyak itu adalah sedikitm sebab itu anak mereka tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh orang... Isu sekarang ialah ekonomi dan pendidikan disamping keselesaan serta kebahagian rumah tangga.

Tiada ulasan: