Selasa, Mac 11, 2008

Adriana Oh Adriana

Sejak azali rohmu ditentukan dan dicipta Allah rabbul jalil. Adriana adalah kesayanganbondanya ya Allah. Dia juga adalah buah hati datuk dan neneknya. Buah hati dan pengarang jantung ayahnya. Adriana menjadi perbualan seantero dunia dan dikagumi bapa dan ibu saudara tercinta. Semuanya kaget dan terpesona dengan penampilannya. Kelahiranmu menjadi inspirasi buat semua yang hadir disisi. Senyummu Adriana tidak bermakna tanpa tangismu. Bilakah akan berhenti keresahan ibu dan ayah. Tentunya menantikan waktu tidurmu.

Adriana oh Adriana! Kehadiran disisi keluarga begitu bermakna. Rasa sayang, kasihan dapat memberi keinsafan kepada semua ahli keluarga. Rasanya tidak sabar lagi menantikan bila Adriana boleh meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Alangkah mudah dan seronoknya bila boleh berkomunikasi. Lega rasa hati ibu dan ayahnya. Seronok ibu, ayah saudara dan nenek serta datuknya bila Adriana boleh lari berlari nanti. Itulah Adriana oh Adriana.

Hilang rasa letih bila senyummu terukir. Mata galakmu membuat semua puas menatapnya.
Semua orang menanti bila Adriana mandi. Tangismu bergema seketika. Tapi paling seronok bila bilasan air terakhir meratai tubuhmu. Itu yang Adriana suka. Ah bila lagi aku nak mandi. Janganlah sekali sahaja sehari. Lemas dan rimaslah diri ini.

Berapakah berat saya sekarang? Angah, Andak, Utih, Uda dan Acu tentu tak dapat meneka. Maklumlah Adriana ini kuat minum, kuat tersedu dan ada sedikit kuat menangis. Kata orang tua-tua Adriana akan cepat besar. Itulah yang semua mahu. Tak payah lagi mendodoi, sibai menyibai dan membuat ayunan manja kepada Adriana ini.

Doakanlah Adriana cepat besar, sehat walafiat, bijak bestari, menjadi orang yang berguna, disayangi serta dicontohi keperibadian diri ini.

Adriana oh Adriana! Adriana Nurhusna.

4 ulasan:

dan berkata...

ceh...
dah maju ye abah.
adriana kat rumah mesti seronok tgk tok bah dia tulis pasal dia kan!

Teruna Pingitan berkata...

semuanya sebab rasydan yang maju jaya itu

Tanpa Nama berkata...

skrg mandi adalah waktu yg d tgg2 adriana.sronok dah mandi agaknya.senyap je.bila nk pkai baju plak yg dia wa!!!wa!!

Teruna Pingitan berkata...

Orang di sana menangis nak gi sekolah...malas rasanya..nak jadi budak kecik semula spt adriana. lagi best!